Assalamualaikum..
Baru-baru ini, kita baru sahaja dikejutkan dengan berita yang sungguh menyedihkan tentang kekejaman Israeli terhadap mereka yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan dan keperluan ke Gaza. Marilah sama-sama kita berdoa pada Allah swt agar saudara-saudara kita yang bersungguh-sungguh menghantar bantuan dan sedia menerima risiko itu dalam keadaan yang selamat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya juga Al-Fatihah buat mereka yang telah pun pergi. Keberanian mereka itu akan sentiasa di dalam ingatan. (Sungguh sedih.. bagaimana manusia boleh jadi begitu kejam sekali dan tidak mempunyai peri kemanusiaan langsung dan sanggup mencederakan orang yang lemah. Itukah kuasa yang diagung-agungkan oleh mereka yang merasakan mereka itu kuat? Oh Allah.. berikanlah kami petunjukMu agar kami tidak menjadi orang yang zalim..amin..)
-Sindar-