Teach Yourself Visually Knitting

Assalamualaikum semua,

Apa khabar hari ini?

Beberapa minggu ni, hujan turun sungguh lebat.. walaupun saya suka pada hujan, tapi rasa risau juga kalau berlaku banjir di kawasan-kawasan sini.

Hari ini,

Saya ingin berkongsi satu buku yang sangat baik dan sungguh bagus isi kandungannya. Iaitu, Teach Yourself Visually Knitting oleh Sharon Turner.

Buku ini memberikan panduan yang lengkap dalam semua asas knitting, seperti cast on, knit, purl, bind off, decrease, increase dan beberapa jenis kaitan lagi, dan buku iniΒ  sesuai sangat untuk beginner seperti saya dan anda yang baru sahaja menghadirkan diri di dalam dunia seni kait ini πŸ™‚

Buku ini menerangkan setiap langkah dengan teliti dan yang paling best sekali, disertakan dengan gambar yang jelas dan menarik! πŸ™‚ Gambar-gambar kat dalam buku ini dapat membantu kita memahami penerangan dengan baik.

Buku ini 100% colour ( bukan black and white ) dari page 1 sehingga lah page yang terakhir dan agak tebal juga.

Tetapi sangat memuaskan hati. Dalam buku ini juga terdapat pattern-pattern yang menarik untuk anda mulakan sebagai projek pertama anda.

Walaupun buku ini di dalam Bahasa Inggeris, bahasanya mudah difahami dan tidak berbelit-belit macam sesetengah buku. Yap! paling mudah, anda boleh merujuk youtube.com untuk membantu anda memahami langkah kaitan dengan lebih baik lagi πŸ™‚ (youtube can be the best teacher for learning)

Di harap, info ini dapat membantu anda semua ok.

InsyaAllah, entry yang akan datang, saya akan cuba masukkan lagi info yang boleh dimanfaatkan bersama.

-Sindar-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *