:)

Rumiko Takahashi is one of my favourite cartoonist. Hehe.. tak sangka ada pula character dia yang pandai knit.

Yang budak kecil tu serupa macam Ryoga dari Ranma 1/2 eh.. haha cute cute..

-Sindar-

Make one (Right)

Make one increase (M1) dikait dengan memasukkan jarum ke dalam lubang kait diantara jarum kanan dan jarum kiri menggunakan jarum kiri dan kemudian knit/purl lubang tersebut.

Terdapat dua cara untuk membuat Make One Increase/M1, iaitu Make One Right dan Make One Left. Kali ini, kita akan belajar bagaimana hendak menambah satu stitch menggunakan kaitan Make One (right) Knit. Video ini adalah tutorial daripada TheKnitWitch :

Bagi Make One Right, jarum kiri dimasukkan melalui belakang lubang/loop ke hadapan dan kemudian jarum kanan akan mengait Knit seperti biasa pada loop tersebut.

**Bagi Purl, jika hendak membuat Make One Right untuk kaitan Purl, caranya juga adalah sama tetapi lubang/loop tadi akan dikait mengikut kaitan Purl.

Selamat mencuba! πŸ˜€

-Sindar-

Basic Crochet and Knit

Kali ini, saya ingin berkongsi satu buku yang menarik, ringkas dan mudah difahami jika hendak belajar knitting ataupun crochet. Nama buku ini ialah Basic Crochet and Knit. Buku ni dibeli oleh my mom, dan masa tu promosi. Buku ini dibeli dengan harga yang sangat murah disebabkan promosi sehingga 80% diskaun.

Ini adalah cover depan buku tersebut.

Bahagian ini adalah untuk belajar kait satu/crochet


Antara langkah-langkah yang diajar didalam buku ini adalah mencantum kaitan dengan jarum.


Selain itu, buku ini juga memberikan tunjuk ajar mengenai asas-asas mengait kait 2.


Buku ini adalah illustari dan juga mempunyai penerangan yang senang difahami. Terbitan dari Ondori, Japan Publications.Β  It is one of the knitting book that you must have in your library πŸ™‚

Teman semua boleh mendapatkan buku ini di Amazon.Com.

Semoga info ini berguna untuk teman semua πŸ™‚

Assalamualaikum,

-Sindar-

Jual Benang Kait – SOLD OUT

ITEMS SOLD :Β  Thank You forΒ  your purchased! πŸ˜€

Anyone interested?

Warna dalam gambar agak kabur sebab guna handphone camera πŸ™‚

Disini,

saya ingin menjual 6 bola benang kait kepada sesiapa yang berminat.

Setiap bola benang adalah 50gm,

4 warna hitam, 2 warna merah.

Yang hitam adalah wool, dan yang merah adalah arkilik.

Sesuai untuk knitting dan crochet.

Harga: RM30.00

Postage/Kos penghantaran: FREE/Percuma! (Nationwide delivery only)

Sesiapa yang berminat, contact saya kat sindarery@gmail.com

Thanks for hopping by!

Kait Topi/Knitting Hat

Salam semua,

Disini, saya terjumpa satu pattern knitting/kait 2 di mana teman semua boleh mengait topi tanpa menggunakan jarum DPNs (Double pointed needles) ataupun Circular Needles. Anda boleh gunakan jarum kait 2 biasa (Straight needles) untuk membuat hat πŸ™‚

Boleh lihat pattern di sini : —> Hat Pattern with Straight Needles

Selamat mencuba πŸ™‚

Can't stop to knit.. Chemo Hat!

Pernah tak kawan semua susah nak berhenti apabila sudah mula mengait, memang nak berhenti dari terus kait tapi masih nak teruskan juga dan last-last tu, eh..tak boleh berhenti dan terus buat sampai siap. Hehe..

Sejak semalam,

Susah betul berhenti dari kait benda ni.. ( Projek Chemo Hat )

Chemo hat

Sampai sekarangkan, saya masih tertanya-tanya betulkah benang ni dari arkilik? :/

Inilah benang pertama jenis arkilik yang saya rasakan lembut sekali apabila dikait seolah-olah rasanya macam Cotton dan yang bestnya tu, bila guna addi needles kait benang ni, kaitan memang jadi semakin laju. xD

Benang ni memang cantik kalau buat Topi Chemo ataupun jenis hat yang lain, ataupun beg pouches… Sesuai untuk ladies dan kanak-kanak. Warna pun lembut.

Oh no.. walaupun macam tu,Β  tempahan pun kena siapkan juga…

Updated:

Akhirnya, topi dah siap πŸ™‚ Hehe.. non-stop knitting today.

Happy weekend πŸ™‚

Assalamualaikum,

-Sindar-

Cable hat dan Chemo cap :)

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah, seronoknya sebab hujung minggu dah sampai πŸ™‚ Bolehlah rehat sepuas-puasnya kan?

Bagi yang tetap bekerja, selamat bekerja untuk rakan semua πŸ™‚

Semalam,

Syukur ke hadrat Allah, benang yang saya beli seminggu yang lalu, sudah sampai dengan selamatnya. Jadi, semalam, saya pun cuba buat eksperimen ke atas benang ni, aiyaaa.. sungguh lembut walaupun benang ni dari jenis arkilik πŸ™‚ rasa macam nak gigit ja.. Memang berbeza betul feelnya..

Dua projek yang sedang dalam progress ini adalah tempahan teman sekerja dan juga Chemo Cap yang saya perolehi patternnya di site ni : Jeanne worsted Knit Chemo Cap Patterns Patterns ni khas untuk Knit dan juga Crochet πŸ™‚ Cuba ok?!

Benang yang coklat adalah untuk tempahan, dan yang biru adalah hat untuk pattern Chemo for testing. (Oo Inuyasha on Animax, I like Inuyasha anime the best πŸ™‚ )

Jarum yang digunakan adalah: Circular needles size 4mm and 3.5mm, cable needle

Benang: Jenis arkilik 100%

Minta maaf ya gambar kurang jelas sebab gambar di ambil guna handphone. Kamera belum ada lagi huhu.. nantilah beli πŸ™‚

Semoga projek ni akan siap dalam masa terdekat ni, insyaAllah.

Salam weekend to all knitters out there πŸ˜‰

Thank you for hopping by!

-Sindar-

^^

Hehe… cute commercial xD

Have a nice day!

-Sindar-

Membaiki stitch/Fixing drop stitch

Salam semua,

Seketika tadi, sedang saya mengait, tiba-tiba terjatuh pula stitch. πŸ™

Kalau kawan-kawan sedang mengait, dan tiba-tiba salah satu stitch terjatuh dari jarum tanpa disedari, jangan panik ok? πŸ™‚

Ini kerana, stitch yang terjatuh/drop stitch dari jarum masih boleh diperbaiki. Banyak cara yang kawan-kawan semua boleh gunakan untuk memperbaiki stitch yang terjatuh ni. Salah satunya, kita boleh gunakan hook crochet untuk menarik semula stitch yang terjatuh ke jarum kait πŸ™‚ dan stitch marker, ataupun pin untuk menahan loop tadi dari terus jatuh ke bawah.

Video dibawah ini mengajar kita bagaimana hendak fix stitch yang terjatuh. Diharap info ini berguna untuk teman knitters semua πŸ™‚

Video credited to Elsteffo.

Selamat berknitting! πŸ™‚