Can't stop to knit.. Chemo Hat!

Pernah tak kawan semua susah nak berhenti apabila sudah mula mengait, memang nak berhenti dari terus kait tapi masih nak teruskan juga dan last-last tu, eh..tak boleh berhenti dan terus buat sampai siap. Hehe..

Sejak semalam,

Susah betul berhenti dari kait benda ni.. ( Projek Chemo Hat )

Chemo hat

Sampai sekarangkan, saya masih tertanya-tanya betulkah benang ni dari arkilik? :/

Inilah benang pertama jenis arkilik yang saya rasakan lembut sekali apabila dikait seolah-olah rasanya macam Cotton dan yang bestnya tu, bila guna addi needles kait benang ni, kaitan memang jadi semakin laju. xD

Benang ni memang cantik kalau buat Topi Chemo ataupun jenis hat yang lain, ataupun beg pouches… Sesuai untuk ladies dan kanak-kanak. Warna pun lembut.

Oh no.. walaupun macam tu,  tempahan pun kena siapkan juga…

Updated:

Akhirnya, topi dah siap 🙂 Hehe.. non-stop knitting today.

Happy weekend 🙂

Assalamualaikum,

-Sindar-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *