Syukur alhamdulillah.. akhirnya jarum yang saya pesan dah sampai dengan selamatnya. Laju juga pos dari Hong Kong. Thank you to arpat_yarns from ebay.com untuk needles ni π and hihi.. ada free gift juga π
Kepada kawan-kawan yang hendak membeli jarum ni, jangan ragu-ragu ya! Boleh terus ke ebay.com. InsyaAllah, akan sampai dengan selamatnya. Dulu saya telah pernah membeli jarum dari beliau juga, suggestion dari Kak Ayza, katanya jarum ni sangat licin dan laju untuk mengait, akhirnya, setelah pertama kali tempah, sampai dengan selamat juga. Alhamdulillah.. jarum dulu saya beli dua pasang sahaja, saiz 3mmx40cm dan 6mmx80cm. Yang 6mm tu, my mom pula fall in love dan kita hadiahkan padanya π
Kali ini, saya telah membeli jarum saiz 3.5mm dan 4mm bersaiz 40cm untuk projek kecil-kecilan seperti topi/hats, pouches… Lagi dua jarum adalah bersaiz 4mm dan 4.5mm. Panjang dua jarum ni adalah 80cm. Sesuai untuk membuat projek yang lebih besar. Yahoo!! π
Tak boleh tunggu lagi, saya mesti memulakan projek yang ditempah oleh teman sekerja, sudah lama penantiannya. InsyaAllah, akan cuba disiapkan secepat yang mungkin.
Susah juga nak cari pattern yang sesuai humm, akhirnya, saya rasa, pattern kat bawah ni cute jugakan? :
Mudah-mudahan akan jadi dan tuannya suka π Kalau dah siap, saya akan cuba uploadkan sebagai rujukan bersama.
Selamat berknitting kawan-kawan! Have a nice day π
-Sindar-