Beberapa hari ni.. Few Knit & Crochet Projects

Beberapa hari ni, keadaan sedikit tidak begitu menyeronokkan… tetapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyanyang.. dan Alhamdulillah.. inna ma’al ‘usri yusra..

Hidup ni macam roda saja..

Upside down, tomorrow will be up, the next day will be down.. and so on..

Tetapi,

bagaimanapun saya cuba juga untuk mempelajari knitting ni dengan lebih baik dari semasa ke semasa. 1-2 projek telah disiapkan dan baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang bertajuk Knitting Step By Step. Buku ni memuatkan info yang baik untuk memahami knitting dengan lebih mendalam.. tetapi ayatnya begitu berjela-jela panjangnya.. pening juga baca .. huhu…

projek yang telah siap adalah beg handphone kedua tetapi kali ini macam terlebih pula saiznya (sebab guna jarum dan benang yang besar saiznya).. jadi macam beg note book pula 😉

Bolehlah.. 🙂 ( belum ada butang lagi ni..)  maaf ya.. gambar agak kabur..

Bagi sesiapa yang nak pattern ni, boleh dapatkan dari previous post saya tajuknya handphone cozy 🙂

Lepas tu, my mom telah buat satu topi beret ( crochet ). Cute juga 🙂

Adik saya 🙂 Kali ini dia pula jadi model saya heheh… 😉

Beberapa hari ini, saya menjadi bingung untuk mencari projek baru yang mencabar untuk dicuba.. macam-macam benda nak buat tetapi tidak tahu macam mana nak mula dulu..

Messy.. macam nilah..  semua ni di print out tetapi tak tahu bila akan dimulakan.. huhu.. 🙁

dan projek paling baru ialah.. jeng jeng jeng…

Bunga ros?!@ 😮 ini adalah projek bunga pertama saya.. 🙂

kalau anda semua mahukan pattern-nya, boleh dapatkan dari forum mengait.com 🙂

InsyaAllah.. saya akan cuba muatkan seberapa banyak info yang lebih menarik akan datang .. oohh.. hujan…

Sehingga bertemu lagi !

Assalamualaikum,

-DaKnit-


2 Replies to “Beberapa hari ni.. Few Knit & Crochet Projects”

  1. Salam Er,

    Betul kata Er, bila ayat panjang berjela nak belajar sesuatu, mmg pening. Ada step by step gambar lagi mudah nak belajar rasanya, khususnya ttg mengait ni.

    Beg hp Er sangat cantik, geram tgk.. Umi Er pula mmg talented, pandainya mengait beret mcm tu, tambah lagi dengan model manis mcm tu yg gayakan.. so sweet! Dan rose, susah tak buat bunga tu Er?
    Cantik Er, hias pada topi atau beg/baju, mesti cantik..

    1. Waaahh ya kak.. betul tu.. pening kalau baca bila dah panjang sangat penerangannya :o, yup, saya pun prefer gambar lebih dan video. Senang nak faham dan tangkap apa yang dmereka buat..

      O.. terima kasih kak, 😀 Kak Ayza buat lah satu handphone bag untuk kak Ayza 😀 lepas tu upload, selalu ternanti-nanti projek baru dari kak Ayza.. oh ya.. vest yang Etuy pakai tu pun lawa 😀 Suka tengok! Koler leher dia pun cantik.

      Hehe.. adik saya sudi pula jadi model, oh ya, mungkin kak Ayza pernah nampak dia kat FB juga 😀

      Biasanya dia tak mahu jadi model tu.. hehe….

      Rose tu, senang ja kak Ayza 😀 Kak Ayza suka kait bunga juga? Mesti banyakkan dah dikait kan? 😀 Apa projek baru kak Ayza ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *