Projek: Cardigan part 1

Hari ini, cuba buat projek cardigan dengan lebih serius sikit.. rasanya lama nanti baru dapat siapkan sepenuhnya huhu.. setakat ni, saya baru sahaja menyiapkan sedikit bahagian belakang ( baru mula..)

Masa kait ni, ada sedikit kesilapan tetapi telah pun diperbaiki. Hehe.. rasanya tak boleh nampak kot kalau dah siap.. 😉

Dibahagian bawah, kaitan ini adalah pattern yang bernama “moss stitch”. Saya menggunakan jarum kait dua straight needles bersaiz 3.75mm untuk bahagian ini. Mata kaitan moss stitch ini dikait seperti:

Row 1: k1,p1 hingga akhir baris.

Row 2:k1, p1 hingga akhir baris

Row 3:p1, k1 hingga akhir baris

Row 4: p1, k1 hingga akhir baris..

(pattern ni diulang dari row 1 hingga row 2 sehingga panjang yang dikehendaki)

Kemudian selesai bahagian moss stitch, saya menggantikan jarum kepada saiz 4mm circular needles (80cm) bagi menyambung kaitan kepada pattern stockinette stitch dan bahagian tengah yang nampak macam beropol adalah pattern lace. Nampaknya, saya masih perlu memperbaiki kaitan lace saya, nampak pelik dalam gambar. huhu..

Dua benda yang saya pelajari:

1. Kalau hendak membuat cardigan dengan pattern lace, perlu guna benang cotton supaya lace nampak lebih cantik, terserlah dan tidak tertarik. Ini sebab, yarn dari akrlik walaupun lembut tetapi disebabkan akrilik lebih stretchy dari benang cotton, jadi lace pattern pun tertarik seperti di dalam gambar.

2. Kena beli row counter supaya tidak lupa kiraan kaitan huhu…. 😀

InsyaAllah.. diharap perjalanan mengait cardigan ini akan berakhir dengan lancarnya. Semoga info ini berguna kepada teman knitters yang ingin mengait cardigan buat pertama kali seperti saya :D..

Sambil mengait, boleh tengok tv..  😀

Assalamualaikum,

-DaKnit-

4 Replies to “Projek: Cardigan part 1”

    1. salam sazlin, kalau cardigan ni.. saya tak jual, kalau sazlin berminat, boleh email saya ya! 🙂 nanti kita blh discuss mcm mana.. thanks sbb sudi lawat daknit. jemput lawat selalu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *