Alhamdulillah :)

Akhirnya.. buku yang saya pesan dari Amazon.Com sudah pun sampai..

Big Book Of Knitting

Buku ini sebelum saya membelinya, saya telahpun membuat review melalui download -secara warez- huhu… tetapi kalau tengok di laptop memang pening.. jadi saya decide untuk beli sebab content-nya sangat bagus, menarik dan mempunyai penerangan yang sangat bagus untuk beginner dan juga bagi mereka yang ingin meningkatkan lagi skillnya… ๐Ÿ™‚ (thanks for the suggestion , kak Ayza ๐Ÿ™‚ )

Buku ini saya boleh rates 5 stars. Selain daripada buku Teach Yourself Visually Knitting, terdapat lagi buku yang saya sangat idamkan.. iaitu

Vogue Knitting, The Ultimate Knitting Book

Buku ini juga telah pun saya review dan isi kandungannya sangat lengkap dengan pelbagai informasi yang lebih menarik. So setakat ni, saya boleh katakan (tidak termasuk buku yang belum saya lihat lagi… hanya untuk buat masa ni sahaja ๐Ÿ™‚ ) iaitu..

1. Vogue Knitting, The Ultimate Knitting Book

2. Big Book of Knitting

3. Teach Yourself Visually Knitting

Kepada yang ingin membuat review sebelum membeli, bolehlah download dari mana-mana sumber warez ( oh.. nakalnya..saya ๐Ÿ˜› ) dulu..ย  lepas tu kalau sudah satisfied boleh beli ๐Ÿ™‚

Have a nice day! Salam berbuka ..

-DaKnit-

Beberapa hari ni.. Few Knit & Crochet Projects

Beberapa hari ni, keadaan sedikit tidak begitu menyeronokkan… tetapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyanyang.. dan Alhamdulillah.. inna ma’al ‘usri yusra..

Hidup ni macam roda saja..

Upside down, tomorrow will be up, the next day will be down.. and so on..

Tetapi,

bagaimanapun saya cuba juga untuk mempelajari knitting ni dengan lebih baik dari semasa ke semasa. 1-2 projek telah disiapkan dan baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang bertajuk Knitting Step By Step. Buku ni memuatkan info yang baik untuk memahami knitting dengan lebih mendalam.. tetapi ayatnya begitu berjela-jela panjangnya.. pening juga baca .. huhu…

projek yang telah siap adalah beg handphone kedua tetapi kali ini macam terlebih pula saiznya (sebab guna jarum dan benang yang besar saiznya).. jadi macam beg note book pula ๐Ÿ˜‰

Bolehlah.. ๐Ÿ™‚ ( belum ada butang lagi ni..)ย  maaf ya.. gambar agak kabur..

Bagi sesiapa yang nak pattern ni, boleh dapatkan dari previous post saya tajuknya handphone cozy ๐Ÿ™‚

Lepas tu, my mom telah buat satu topi beret ( crochet ). Cute juga ๐Ÿ™‚

Adik saya ๐Ÿ™‚ Kali ini dia pula jadi model saya heheh… ๐Ÿ˜‰

Beberapa hari ini, saya menjadi bingung untuk mencari projek baru yang mencabar untuk dicuba.. macam-macam benda nak buat tetapi tidak tahu macam mana nak mula dulu..

Messy.. macam nilah..ย  semua ni di print out tetapi tak tahu bila akan dimulakan.. huhu.. ๐Ÿ™

dan projek paling baru ialah.. jeng jeng jeng…

Bunga ros?!@ ๐Ÿ˜ฎ ini adalah projek bunga pertama saya.. ๐Ÿ™‚

kalau anda semua mahukan pattern-nya, boleh dapatkan dari forum mengait.com ๐Ÿ™‚

InsyaAllah.. saya akan cuba muatkan seberapa banyak info yang lebih menarik akan datang .. oohh.. hujan…

Sehingga bertemu lagi !

Assalamualaikum,

-DaKnit-


Japanese Knitting

Beberapa waktu ini,

saya sangat berminat untuk memahami Japanese knitting. Sehingga beberapa hari yang lalu, saya tidak pernah tahu bahawa orang Jepun mempunyai cara yang berbeza dalam seni mengait ni, sama ada kait jarum satu mahupun kait jarum dua.

Maka, beberapa waktu ini, saya telah belajar sedikit-sedikit dan apa yang saya faham bahawa, perbezaan yang sangat ketara ialah:

1. saiz needles yang berbeza

2. kebanyakkan ukuran yang digunakan adalah dalam cm

3. pattern semuanya dalam bentuk diagram dan carta.

Mungkin sebab orang jepun ni lebih selesa menggunakan simbol dari membaca pattern panjang-panjang eh.. memandangkan tulisan mereka pun menggunakan tulisan bersimbol, bukan tulisan roman.

pada pandangan saya, menggunakan carta sebenarnya lebih mudah apabila kita hafal setiap simbol bagi setiap jenis mata kaitan dan yang sungguh mengkagumkan instruction bagi pattern jepun boleh muat dalam satu helai kertas sahaja tetapi bagi pattern english kebanyakkannya menggunakan arahan seperti k1p1, k1p2 dan etc… sehingga memerlukan 3-4 muka surat bagi satu jenis pattern ๐Ÿ˜ฎ

picture credit to: http://fleeglesblog.blogspot.com

Charts di atas ni adalah salah satu contoh yang boleh kita fahami. Disebabkan orang Jepun membaca dari kanan ke kiri, maka charts ini juga dibaca dari kanan ke kiri bermula dari row paling bawah, setiap kotak itu, biasanya mewakili 5cm panjang. Unik kan ๐Ÿ˜€ Macam mana lah mereka boleh hafal setiap simbol tu dengan mudah..ย  ๐Ÿ˜ฎ

Kalau nak maklumat lanjut, teman knitters boleh study benda ni dari Mr.Google ๐Ÿ˜€ Just type and search, dan akan keluar banyak maklumat mengenai Japanese Knitting ๐Ÿ™‚

Assalamualaikum,

-DaKnit-

May Allah bless us all..

Knitting Daily Free Ebook

Salam semua ๐Ÿ™‚ dan salam ramadhan..

Baru-baru itu, saya mendapat email dari KnittingDaily.Com,

nampaknya site ni begitu murah hati telah menyediakan satu ebook instructions untuk sesiapa yang ingin belajar knitting (beginner).

Saya telah melihat ebook ini dan rasanya memang sesuai untuk beginner kerana ianya memuatkan asas-asas dalam mengait kait dua ni.

Tetapi, saya rasa ebook ni tidak begitu sesuai kepada sesiapa yang lebih memerlukan penghayatan dari dekat seperti melalui video, bukan gambar sahaja. Walaupun begitu, bagi sesiapa yang suka membaca dan memahami arahan melalui ayat dan gambar, buku ni sesuai untuk anda ๐Ÿ™‚

Anda boleh mendapatkan ebook ini di — >ย  Free Ebook Knitting for Beginners

Semoga info ini berguna untuk anda ๐Ÿ˜€

-DaKnit-

Postage@Aheys

Assalamualaikum semua.. :)

Hai,

Dalam blog ini selain berkongsi minat dalam seni mengait, saya akan jadikannya juga sebagai ruangan kedai kecil (kecil ya sangat kecil) saya. InsyaAllah..

**Jika ingin melihat produk, sila klik link pada link bahagian kanan laman webย  (sidebar)ย  di bawah kategori benang kait/promosi.

Pos Malaysia akan digunakan sebagai servis penghantaran (Pos ekspress/Pos laju)

Bagi pos laju, sila klik di link ini untuk melihat kadar pos mengikut berat.

Kadar Pos Laju

InsyaAllah, akan sampai dari 2-7 hari bekerja. Nationwide delivery. Penghantaran akan dibuat setiap hari :

Isnin- Rabu- Jumaat (kecuali cuti)

Cara membuat pembelian:

1. Tuliskan kod ataupun nama item dan jumlah.

2. Emailkan pada sindarery@gmail.com

3. Jika ada stok, email akan dibalas bersama invois. Confirm-kan pembayaran pada akaun yang akan diberi. (Pembayaran: Melalui Online Bank ataupun ATM sahaja yang diterima. Terima kasih.)

4. Tampilkan receipt pembelian anda seperti dibawah:

-Nama penuh

-Nama Bank

-Nombor rujukan/reference/receipt

-Tarikh dan masa

-Jumlah pembayaran

-Alamat penghantaran

5. Items akan dihantar setelah pembayaran dibuat.

Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi saya ok.

Terima kasih :D

Semoga gembira selalu :)

Syarat dan terma:

Sebarang pembelian adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan kecuali:

1. Barang yang dihantar adalah item yang salah.

2. Barang yang dihantar telahpun rosak bukan disebabkan oleh kerosakan sewaktu penghantaran dijalankan.

Jika dua keadaan diatas berlaku, anda boleh memohon refund dalam masa 3 hari selepas menerima item dan item harus dikembalikan. Harga pos bagi item yang dikembalikan ditanggung oleh pembeli. Terima kasih.

InsyaAllah, servis dari DaKnit pasti akan memuaskan hati anda :)

:) Handphone Cozy

Alhamdulillah ๐Ÿ™‚

Semalam buat projek baru, hari ini siap juga. Ini adalah handphone cozy pattern yang saya jumpa dari Ravelry.Com. Namanya Lacy Cabled Cell Phone Cozy.

Pattern ni sangat menarik sebab cantik ๐Ÿ˜€

Tetapi pattern ni perlu dikait menggunakan teknik “Magic Loop”, dan Magic Loop ini teknik yang dikait menggunakan jarum kait circular needles yang bersaiz panjang, seperti 80cm ke atas.

Disebabkan saya tidak mempunyai jarum bersaiz 2.25mm untuk circular needles, maka saya telah tukarkan saiz kepada saiz 3.5mm dengan menggunakan jarum kait 2 biasa sahaja/straight knitting needles (single point needles)

Oleh itu, terpaksa kait depan dan belakang seperti normal.

Maka inilah hasilnya ๐Ÿ˜€

Setelah masuk phone ๐Ÿ˜€ (Dibahagian tengah sepatutnya pattern cable. Tetapi tidak jelas sebab phone kamera :p)

I like this pattern ๐Ÿ˜€

Hopefully, I’ll get another chance to knit another one for myself. This for whom ? ๐Ÿ˜ฎ Hehe.. I’ll give it to my little youngest beloved sister when I see her soon. Hope she’ll like it.

Kalau ada teman knitters yang inginkan patternnya, boleh contact saya untuk pattern bagi jarum kait 2 biasa ya ๐Ÿ˜€

Have a good night!

May Allah bless us all..

-DaKnit-

Tips 1: Reading patterns

Assalamualaikum ๐Ÿ™‚

Hari ini hari Ahad, hari yang sangat membosankan buat saya.. tapi syukurlah juga pada hari ini, dapat rest cukup-cukup sebelum memulakan kerja lagi seperti biasa :p

Oklah,

Ketika mula-mula belajar membaca pattern pada charts/diagram.. memang sangat memeningkan apabila kita terpaksa balik-balik melihat instructions untuk mengait.

Contohnya:

Row 1, 3, 5: ย  k2, p1, k5, p2, k4, p2, k5, p1, k2 …

Row 2, 4 : p2, k1, p5, k2, p4, k2, p5, k1, p2 …

Maksudnya.. setiap Row1, Row 2, Row 3 sehingga Row 5, kita perlu membuat pattern ni berulang kali dan terpaksa lihat benda ni balik-balik ๐Ÿ˜ฎ (Pening kepala eh)

Kalau beberapa baris itu mempunyai pattern yang sama.. teman knitters (especially beginners macam saya ๐Ÿ˜€ ) tak perlu risau kalau tak baca pattern tu balik-balik. Tipsnya.. perhatikan bunga pattern tersebut. Apabila kita lihat bunga pattern, kita boleh dapati berapa kali kah kiraan mata kaitan bagi setiap jenis mata kaitan itu dan cara ini membolehkan kita belajar corak pattern dengan lebih baik..

Contohnya macam pattern untuk Row 1-5 tadi..

Cara ini akan lebih memudahkan anda mengait dan kaitan pun jadi laju.

Diharap tips ini membantu ๐Ÿ˜€

-DaKnit-

Promosi Raya – Gelang Crystal 30% diskaun

Ada sesiapa yang berminat?

Gelang-gelang krystal ini originally from Sabah. Semuanya adalah baru, bukan barang terpakai ๐Ÿ˜€

kalau tak minat rantai pearl, boleh guna balik pearl ni untuk buat rantai ataupun gelang baru mengikut citarasa sendiri ๐Ÿ˜€

Rantai dan gelang mutiara adalah mutiara (salt pearl water dan air tawar – bukan tiruan)

Condition: New

Terdapat:

13 Gelang krystal dan mutiara

1 Rantai Mutiara (salt water pearl)

4 brooches (krystal dan pearls)

Harga retail: RM200.00

Harga promosi: RM150.00

DISKAUN 30%

HARGA DISKAUN: RM105.00

Pos penghantaran: Pos Laju/ FREE – PERCUMA!

Warna dalam gambar tidak jelas sebab guna handphone cam.

Jika berminat, sila hubungi saya di sindarery@gmail.com ataupun klik pada ORDER FORM untuk membuat order.

Terima kasih!

๐Ÿ˜€

-DaKnit-

Bar Increase: Knit One Front & Back (k1f&b)/(kfb)/ Purl One Front & Back (p1f&b)/(pfb)

Knit One Front & Back dan Purl One Front & Back adalah salah satu cara untuk menambah mata kaitan (stitch). Tetapi satu adalah melalui cara kaitan Knit dan satu lagi adalah melalui cara kaitan Purl.

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menambah stitch sewaktu mengait dan ini bergantung pada jenis pattern ataupun charts yang digunakan ketika mengait.

Disini, jum kita lihat bagaimana kaitan ini dilakukan melalui video oleh Elsteffo@Youtube.

Selamat mencuba!

-DaKnit-

Make One Left (m1L)

Make One Left — Make Oneย  Right (M1R) <— Click here

Make one increase (M1) dikait dengan memasukkan jarum ke dalam lubang kait diantara jarum kanan dan jarum kiri menggunakan jarum kiri dan kemudian knit/purl lubang tersebut.

Terdapat dua cara untuk membuat Make One Increase/M1, iaitu Make One Right dan Make One Left. Kali ini, kita akan belajar bagaimana hendak menambah satu stitch menggunakan kaitan Make One Left . Video ini adalah tutorial daripada TheKnitWitch :

Bagi Make One Left, jarum kiri dimasukkan melalui hadapan lubang/loop ke belakang dan kemudian jarum kanan akan mengait Knit melalui bahagian belakang loop ( knit at the back of loop ) tersebut.

**Bagi Purl, jika hendak membuat Make One Left untuk kaitan Purl, caranya juga adalah sama tetapi lubang/loop tadi akan dikait mengikut kaitan Purl.

Selamat mencuba! :D

-DaKnit-