Mengait Topi/Knitting Hat for Beginners

Salam semua,

Kali ini, saya ingin berkongsi cara membuat topi bagi beginners. Saya sangat suka kait topi sebab cepat siap 🙂 hehe..

Biasanya untuk mengait topi, kita perlu melihat saiz kepala mengikut kesesuaian si pemakai. Oleh itu, kita mesti mengetahui bagaimana menentukan “Gauge” bagi setiap projek topi ini kerana, kalau kita tidak memerhatikan dengan baik gauge sesuatu pattern, kemungkinan kita akan mendapatkan hasil yang bersaiz kecil ataupun terlebih besar dari asal saiz yang ingin diperolehi.

Apakah Gauge?

Untuk memahami Gauge dengan lebih baik, tutorial ini sangat membantu. Sila klik untuk melihat tutorial : Knitting Gauge Tutorials

Ok,

Material yang perlu ialah:

1. Jarum kait yang dicadangkan ialah antara saiz 6 (4.00mm) ataupun saiz 8 (5.00mm). Topi untuk kanak-kanak/bayi biasanya bersaiz kepala antara 40cm-70cm, dan dewasa di antara 80-100cm mengikut kesesuaian.

2. Satu buku bola benang biasanya sama ada 3 ply ataupun 4 ply sebanyak 100gm, warna mengikut pilihan anda.

Finished measurement: lebih kurang 26-27 inci pada bahagian bawah bulatan  dan 9-10 inci dari atas ke bawah.

Arahan:

1.  Dengan menggunakan jarum saiz 6, buat Cast On sebanyak 87 stitches. –> Sila klik untuk melihat Cast On tutorial

2.  Untuk mengait topi asas, anda perlu tahu bagaimana membuat mata kaitan Knit dan Purl.

– Untuk Knit sila klik di sini  –> Knit Tutorial

– Untuk Purl sila klik di sini —> Purl Tutorial

3.  Setalah membuat cast on, mulakan kaitan dengan membuat pattern 1 x 1 rib. Untuk tutorial RIB sila klik di sini — > 1 x 1 Rib Pattern Tutorial.  Kait sehingga panjang adalah lebih kurang 1 inci.

4.  Setelah selesai rib,

– ROW 1 (Right Side) : Knit 87,  (knit sebanyak 87 mata kaitan sehingga habis baris, pada masa ini kaitan telah berpindah ke jarum kanan, setelah selesai knit, pindahkan semula jarum kanan yang telah siap dikait ini ke bahagian kiri semula untuk meneruskan mata kaitan Purl)

– ROW 2 (Wrong Side): Purl 87, (Purl 87 mata kaitan sehingga habis baris…)

5. Ulang ROW 1 dan ROW 2 sehingga panjang mencapai sekurang-kurangnya 6 inci dan berakhir pada ROW 2.

6. Untuk membentuk bahagian atas, kita akan mengurangkan kaitan/decrease stitches:

– Row 1. *Knit 3 stitches, kemudian Knit 3 stitches bersama (k3tog), (k3tog – Knit 3 stitches dalam satu kaitan)  ulang semula dari* sehingga akhir baris.
– Row 2. Purl
*  Teruskan mengulang ROW 1 dan ROW 2 bagi decrease stitches sehingga tinggal 7 stitches sahaja pada jarum anda. ( 6 ataupun 8 stitches juga boleh diterima )

7. Apabila telah mencapai 7 stitches, ukur panjang benang bersambung pada bola sekurang-kurangnya 15 inci, potong. Kemudian gunakan jarum biasa (yarn needle) bersama dengan tali benang yang dipotong tadi untuk menjahit 7 stitches ini ( menutup lubang akhir ). Apabila 7 stitches ini telah ditutup,

8. Langkah akhir, sambungkan kedua belah bahagian topi dan jahit dari bahagian atas ke bawah ( melalui bahagian PURL SIDE ). Apabila telah sampai ke bahagian bawah, kunci kaitan dan pusingkan bahagian KNIT side ke luar.

Dah siap 😀

Semoga tutorial ini membantu anda mengait topi pertama teman semua 😀

Selamat mencuba!

-Daknit-

3 Replies to “Mengait Topi/Knitting Hat for Beginners”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *