Another knitting books for beginners..

Dua buku ini adalah buku pertama saya beli sewaktu ingin belajar mengait 🙂 Saya rasa kedua buku ini sangat mudah untuk difahami dan sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin belajar mengait dari bentuk yang paling asas sekali.

Buku Knit and Stitch dari Wendy Freeman adalah sangat baik bagi yang ingin belajar jarum kait dua dari sifar.  Kaitan yang diajar kebanyakkan adalah 5 asas dalam mengait jarum kait dua seperti slip knot, cast on, knit, purl, bind off/cast off.. dan kebanyakkan pattern yang diajar adalah pattern jenis garter stitch and stockinette stitch. Sangat sesuai sekali bagi yang tidak pernah tahu mengait kait dua 🙂 Di buku ini juga di ajar membuat pom pom, embroidery, dan macam-macam lagi!

Bagi buku Find your style and knit it too dari Sharon Turner.. buku ini memang sangat baik bagi sesiapa yang sudah mempunyai asas kerana pelbagai projek menarik yang anda boleh dapatkan dari buku ini seperti mengait beg, socks, shrugs, hat.. dan macam-macam lagi! 😀 Buku ini juga mengajar mengait asas dan lebih mendalam dari yang ada dalam buku Knit and Stitch.

Untuk melihat review, boleh terus ke Amazon.Com 😀

Salam berbuka semua 🙂

-Da’Knit@Aheys.Com-

11 Replies to “Another knitting books for beginners..”

  1. yuu pun ada buku ni baru je beli jumaat lepas hihihi…knit & stitch by wendy freeman…murah sebab tu beli lagipun yuu memang suka kumpul buku mcm ni…

  2. Oh bestnya Yuu.. buku ni memang seronok, banyak illustrasi kan? hehe.. kumpul banyak-banyak nanti boleh share dengan saya hehe 😉 selain murah, sangat berbaloi sebab buku ni ajar kita start from zero.

  3. mmg dah bukak mph online tu sbb akak pon member mph tp mak datuk, shipping fees dia…sama mahal ngan harga buku…padahal kat sini jer..tu yg malas tuh..harga tu masa ery beli dlm baper? yg wendy freeman tu

    1. oh ya kak Sue? Dekat pun mahal juga? hmmm… ingatkan lebih murah dari hantar ke sbh ni. Beli buku ni masa tu harganya around RM28 tak silap saya, saya beli di Harris Bookstore. Baru-baru ni saya pergi.. yang tinggal untuk Beading sahaja. Mungkin MPH masih lagi ada stok wah.. kena cepat kak Sue! 🙂 hihi…

    1. oooo yq kak Sue? wahh mahalnya… saya beli memang around RM28.00.. masa tu buku ni masih banyak lagi stok.. kalau kak Sue minat, insyaAllah, nanti saya cuba round-round lagi dan cari di sekitar sini.. kalau terjumpa dgn harga yang sama mcm saya beil, saya boleh belikan utk kak Sue dulu kalau kak Sue berminat 🙂

    1. hihi… wokay kak Sue! InsyaAllah… bila saya jalan-jalan nanti, saya p survey utk kak Sue ya 🙂 hihihi… insyaAllah benang jikalau tiada aral melintang, sampai minggu ni.. nanti bila dah sampai, kak Sue beri feedback ya 🙂 Thank you for the support kak Sue.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *