Cuti sekolah ni memang banyak masa terluang dan memberikan kesempatan buat saya menyelami lebih banyak informasi tentang mengait jarum kait dua. Dulu saya memang tidak pernah minat terhadap hasil kait sebab bagi saya ianya sesuatu yang biasa dan hanyalah setakat benang yang dikait dan tidak menarik langsung di mata saya dan tak ada class….. wah sungguh sadisnya.. maafkan saya kalau pendapat saya dulu menyinggungkan hati sesiapa yang membaca ni ya..
😮 begitulah masa dulu-dulu.. tetapi apabila sudah belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan perasaan kagum dan teruja memang menguasai diri. Apabila lagi melihat hasil kait sendiri 🙂 Perasaan yang sukar ditafsirkan. Alhamdulillah.. kerana Allah swt memberikan saya kesempatan untuk belajar seni kait dan saya dapat merasa keunikan hasil kaitan yang sebenarnya.. bukan setakat benang bukan setakat kait sahaja.. tetapi lebih dari itu 🙂
Gambar ni dipungut dari mr.google (hantam ja lah.. sorry ye kepada tuan empunya.. pinjam kejap :p ) Wah.. kanak-kanak pun dah boleh mengait.. untung dapat belajar dari kecil sebab pengalaman dan masa mereka lebih banyak dari saya yang baru belajar diusia yang dah tua huhu… sedihnya.
Masa sedang asyik mencari pattern-pattern untuk dikait, saya terjumpa satu laman website yang sungguh unik dari UK lebih kurang beberapa bulan yang lalu. Orang putih ( western ) beruntung sungguh kan? sebabnya mereka lebih banyak menggunakan seni kait ini disebabkan mereka mempunyai cuaca yang berubah-ubah, sekejap summer, sekejap winter, sekejap fall dan sekejap spring.. 4 seasonslah.. pattern-pattern yang ada di laman web ni sungguh cantik 🙂 dan ada yang easy ada juga yang advanced… Contohnya seperti gambar kat bawah ni adalah salah satu pattern garter stitch dan sangat mudah:
Sesiapa yang hendakkan pattern ni, boleh klik di sini 🙂
Seperti Simply Knitting Magazine, website ini juga mempunyai magazine mereka sendiri dan setiap keluaran issues nampak menarik. Kalau ada jual kat sini, memang nak cuba beli satu. huhu.. kalau hendak beli online.. nak kena subscribe setahun.. berfikir sepuluh kali wo.. 😮
InsyaAllah.. mudah-mudahan, saya dan semua teman yang minat mengait akan dapat terus memperkembangkan teknik dan menghasilkan projek yang lebih menarik dan baik dari semasa ke semasa. Yang penting, kemahuan dan kesungguhan 😀 Ganbatte!
Sindar tak cuti raya ke..? Ada je entri dari dia… Rajin betul!
Yati dah bookmark link website yang Sindar bagi tu, as future reference… menarik! Tq ye Sindar! ^_^
Hai Yati, raya tahun ni kat rumah ja.. hahaha.. kawan-kawan semua tinggal jauh.. susah nak jumpa huhu.. memandangkan cuti sekolah ni memang banyak sangat masa free dan ambik kesempatan nak buat entry.. hahaha =”>
Kalau dah buka sekolah nanti memang busy .. :'(
U’re welcome! InsyaAllah kalau ada link best-best lagi, akan dipost.. hahaha..dah jadi promoter nampaknya saya 😮