My first design: Cabled Seed Handphone cozy :)

Alhamdulillah, hari ini telah selesai satu projek percubaan sendiri.. hihi 😀 memang seronok bila dapat selesaikan satu projek dan lebih-lebih lagi bila buat pattern ikut minda..  saya suka pada cable pattern dan untuk itu,  saya memberanikan diri mencuba cable pattern sendiri.. dan entah apa sudah jadi dengan coraknya huhu.. dan juga menggabungkan pattern cable ni dengan pattern double seed 🙂 Saya menggunakan jarum circular 80cm saiz 3.50 mm dan kait guna baki benang Mittens hari tu. maka inilah hasilnya:

sebab guna camera dari handphone.. cable tidak dapat dilihat dengan jelas maaf ya.. huhu.. ini adalah hasil dari bahagian hadapan.. dekat bahagian bawah, saya menggunakan pattern garter stitch sebagai penutup 🙂 dan bahagian atas guna button.

Dan ini pula adalah bahagian belakangnya.. bahagian belakang ini menggunakan pattern double seed sepenuhnya.

Kerana saya menggunakan teknik Magic Loop ketika mengait handphone cozy ini, maka bahagian bawah ditutup menggunakan jahitan. Teknik jahitan ini dipanggil sebagai Kitchener Stitch.Tetapi sebab saya rasa malas hendak menonton video cara menjahit guna teknik ni, dan sudah tak ingat lagi walaupun hari tu saya sudah buat satu.. akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk membuat kitchener stitch sendiri hahaha.. ikut gerak hati .. tapi tidak disangka apabila saya sudah selesai menjahit dan tutup.. jahitan tu langsung tidak nampak dan invisible 😮 . Corak hasil jahitan tadi ikut corak garter stitch. Maka inilah hasilnya:

Alhamdulillah 🙂

Kitchener stitch : Knit back loop, Knit front loop, purl back loop and drop, purl front loop and drop. Continue this steps until the end of row 😀

Lepas ni.. kena siapkan beberapa projek dan semua projek untuk adik.. ah..pening sudah kepala saya..

updated: Gambar di bawah adalah Kitchener stitch untuk KNIT.. click image to enlarge!

Thank you for hopping by!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *