Knit-a-Hat!

Alhamdulillah..

Akhirnya topi yang saya kait lebih kurang seminggu 😮 telahpun siap.. ini adalah percubaan mengait tanpa pattern dengan cable pattern. Setelah menggunakan circular needles, saya menukarkan jarum ke jarum double pointed needle untuk memudahkan mengait decrease stitches. Ini kerana jarum circular saiz 40cm panjang susah untuk membuat magic loop. Terpaksa tukar jarum..

Decreasing stitches menggunakan 5 batang jarum double pointed.  Setelah itu, saya meninggalkan beberapa stitches, lebih kurang 6-7 stitches sebelum menutup kaitan dengan menggunakan jarum embroidery.

Maka inilah hasilnya 🙂 nampak pelik cable patternnya.. ketika sudah membuat sedikit silap, saya tidak mahu membuka kaitan dan membuat semula sebab penat o.o dan saya teruskan juga mengait dan mengubah corak cable. hehe nampak macam nombor 11 roman :p

Nampak corak patternnya mcm nombor 11 roman :”) yang ini adik bongsu saya.. minta dia tolong jadi model lagi haha thanks sis!

Nilah dia model saya untuk hari ini 🙂 topi dah siap dan boleh dipakai

Ini adalah baki benang yang tinggal. Saya akan cuba habiskan benang ini, rasanya buat pensil case?! heh,

InsyaAllah, projek seterusnya masih lagi projek mengait topi. (oh, apa khabar projek cardigan? huh.. suprise! nanti bila dah siap, insyaAllah, saya akan share kat sini 🙂 )

Projek hat kali ini ialah:  Flower Hat by Sally Pointer@Knitpicks.Com

Pattern ni saya perolehi dari Knitpicks.Com. Saya sangat suka pada pattern-pattern yang ada di sana. Semuanya cantik-cantik dan saya sangat menghargai designer-designer ini. Mudah-mudahan akan ada kesempatan untuk mencipta design sendiri hehehe.. berangan sahajalah 😛

Diharap saya berjaya mengait topi ini! InsyaAllah,

Assalamualaikum, thanks for hopping by! 🙂

2 Replies to “Knit-a-Hat!”

  1. Sindar,
    comelnya topi! Model pun comel! 🙂
    Yati tak berapa nak knit sekarang, sebab ada order cross stitch kena siapkan. 🙂
    Camana pun, happy knitting to you!

    1. Hihi.. thank you Yati 🙂 Happy cross stitching for you too! topi ada mistake juga but .. as old folks said, we learnt from mistake hihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *