Assalmualaikum semua pengunjung Da’Knit@Aheys.com yang sentiasa sudi melawati blog ini. Semoga anda semua di dalam keadaan gembira dan sihat selalu hendaknya. InsyaAllah.
Beberapa hari ini, aheys.com mengalami sedikit gangguan atas sebab maintenance server oleh pihak hosting. Alhamdulillah, setakat ini mereka sentiasa memberikan kerjasama yang baik buat aheys.com. InsyaAllah, kalau tiada aral-melintang semuanya akan menjadi baik.
Kepada semua teman aheys.com,
Da’knit mengucapkan ribuan dan berjutaan terima kasih di atas semua sokongan yang diberi. Walaupun anda menjadi silent reader untuk blog ini, tetapi itu pun sudah cukup buat da’knit kerana semangat yang anda berikan pada aheys.com sungguh membuatkan da’knit rasa teruja dan gembira di atas sokongan itu.
Disini, tujuan Da’knit@Aheys.com dibina adalah untuk rujukan saya sendiri dalam mempelajari ilmu seni jarum kait dua dan tidak lebih dari itu. Da’knit gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini kepada semua yang ingin mempelajari seni jarum kait dua. Walaupun saya tidak mahir di dalam seni jarum kait satu, tetapi tidak ada yang tidak boleh dipelajari melainkan kesungguhan dan keikhlasan ketika ingin mempelajari sesuatu ilmu itu. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul tak?
Sepanjang da’knit bersama anda, telah banyak kenalan crafter yang sungguh memberikan semangat buat saya untuk terus mengendalikan aheys.com. Seperti Ayzastudyo.com, Yingyilr@Blogsopt, Izyanadiah@Blogspot, Yati&Stitch, Hiecikida@Blosgpot, dan banyak lagi rakan-rakan yang lain. Sungguh da’knit ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi dan sentiasa berkongsi pengalaman Β anda kepada da’knit dan juga orang ramai.
Oleh itu, mulai saat ini, da’knit hanya mampu berkongsi dengan anda apa sahaja yang termampu dan tidak lebih dari itu. Da’knit selalu mengingatkan diri ini, buat apa yang termampu. Mungkin tanpa sedar, da’knit telah menyinggung rasa hati beberapa pihak. Oleh itu, mulai hari ini, setiap apa yang akan dipostkan oleh Aheys.Com akan dihadkan. Diharap anda semua memahami Da’Knit.
Apa yang telah ada di blog ini diharap akan terus memberikan manfaat, terima kasih kepada semua mereka yang telah membuat tutorial yang diembed di blog ini, terutamanya dari Youtube.Com. Keikhlasan mereka memberikan tunjuk ajar sungguh dikagumi. Salute you all π
Sebagai founder kepada aheys.com, da’knit memohon maaf kepada semua pihak jikalau ada silap kata, tersalah laku, ataupun sebagainya yang telah menyinggung hati pihak-pihak tertentu. Sebagai manusia yang baru belajar, masih banyak kelemahan diri yang perlu diatasi dan maafkan da’knit di atas kesilapan yang telah dilakukan.
Aheys.Com dan Yarnsonlineshop.com akan terus beroperasi seperti biasa dan kepada sesiapa yang mempunyai pertanyaan, pendapat ataupun apa-apa sahaja yang menjadi musykil, silalah hubungi kami terus di sindarery@gmail.com. InsyaAllah, kami akan menghubungi anda kembali.
Bagi contest Da’Knit Handphone Cozy contest akan dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielak. Da’Knit memohon banyak-banyak maaf kepada mereka yang telahpun mengikuti contest ini iaitu Yingyilr.Blogspot.Com dan Izyanadiah.blogspot.com di atas entri mereka π Jangan risau, insyaAllah, da’knit akan memberikan cenderhati kepada teman da’knit yang dua iniΒ atas kesudian dan sokongan yang diberi π Keep in touch ok!
Sewaktu ini, saya sedang berada di hapadan streamyx center haha.. sekejap lagi akan pergi makan tengahari. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca post kali ini dan sekali lagi, da’knit memohon maaf di atas kesilapan yang dibuat secara sedar ataupun tidak sedar.
May Allah bless us all.
Assalamualaikum and thanks for hopping by! π
owteyh..takpe π
thx 4 understanding Yan nanti kak Ym yan ya? hehe.. ada hadiah menanti utk yan π
hehe..kak ery nak bg hadiah?kak ery ni baek sgt la π
leh jugak ym..nak tnye akak benang..kite on9 ja
ok….tak apa …. faham π
thx Yuu π nanti tunggu suprise gift dari da’knit ya! thx 4 ur support Yuu!
Izyan, nanti akak jumpa Yan di ym k? Tak da baik Yan.. manusia biasa saja π
akum……….saya baru nk belajar mengait topi baby ngan kopiah tp x brp mahir.leh x tunjuk step by step.nk g belajar,x mampu sbb sy ni ibu tunggal anak 2.
Waalaikumsalam Norhaliza,
Terima kasih bersinggah ke Da’Knit π
Topi baby yang macam mana tu ya? kalau kopiah saya tak mahir sangat.. tapi kalau topi baby saya insyaAllah boleh cuma saudari nak yang jarum satu ka jarum dua ya? π