Assalamualaikum, semua.
Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan lagi untuk membuat post. Beberapa hari yang lalu, sedang saya mencari-cari pattern untuk dikait, saya terjumpa satu pattern topi yang sungguh cute-mute waahh so cute!.. datangnya dari seorang blogger orang puteh gitu.. hehe, nama topinya ialah Andohalambo Hat :cheerful: Saya suka sangat tengok topi ni. Kalau anda nak lihat lebih lanjut, boleh klik kat link bawah gambar. Anda akan jumpa satu gambar budak perempuan pakai topi ini.. aiyooo.. cute sangat!! gerammm bahh…
Credit to: http://smariek.blogspot.com/2007/06/andohalambo-hat-ch-2-21.html
waahhhh cute cute dan cute kan? Teman semua boleh klik link ni dan terus ke tuan empunya blog. Sungguh banyak pattern yang cantik-cantik yang oleh designer ini :cheerful: wah.. kagum kagum! Dan yang paling best tukan, pattern ini dibuka untuk semua peminat mengait. so apa tunggu lagi, cuba lah!
Banyak yang mengatakan, apabila kita telah tahu 4 asas mengait jarum dua, kita boleh mencuba pattern sendiri. Pelbagai jenis pattern yang boleh dirujuk melalui laman-laman web yang mengajar pattern-pattern percuma, lepas tu kan, inovasi-kan ia menjadi satu benda yang baru dan unik :cheerful:
Jika anda meminati sesuatu idea, idea itu boleh diubahsuai mengikut kemampuan masing-masing. Contohnya macam telefon. Dulu telefon mana ada kamera, jam etc.. tapi sekarang, wah ha, boleh hantar sms, siap boleh video cam lagi! wah bestnyer… mungkinkah satu hari nanti akan ada telefon yang boleh teleport kita dari satu tempat ke satu tempat?! (wallahu’alam hihi) Kalau Alexander Graham Bell masih hidup, dia mesti terkejut beruk hahah ups..
Biasanya idea akan datang melalui inspirasi dan inspirasi inilah yang akan membantu kita untuk memahirkan lagi kemahiran mengait kita semua. Saya selalu menasihati diri ini supaya jangan takut untuk mencuba. Tapi janganlah sampai benda itu ditiru bulat-bulat dan mengaku kita yang punya ok?.. itu tidak adil buat si pencipta asal, kan? Kita harus menghargai penat-lelah usaha-usaha mereka ini.
Berbalik pada mencipta pattern sendiri, salah satu buku yang sangat baik untuk dijadikan rujukan mencipta pattern sendiri ialah Teach Yourself Visually Knitting Design. Buku ini banyak membantu dari segi ukuran benang, gauge, jenis-jenis pattern dan juga yang bestnya.. ada tersedia jadual-jadual yang boleh dirujuk dalam mengukur saiz yang kita perlukan apabila ingin memulakan sesuatu projek. Dan anda sendiri boleh mengubahsuai saiz itu mengikut kesesuaian projek anda.
Sepanjang pengalaman belajar mengait, saya banyak belajar dengan mencuba pattern-pattern yang sedia ada, dan anda boleh juga membeli pattern yang cantik dan murah melalui Knitpicks.Com, dan apabila kita sudah biasa mencuba, kita sudah boleh mengait pattern sendiri berdasarkan pengalaman yang telah diperolehi dari buku, internet, kawan-kawan yang sentiasa sudi memberikan tunjuk ajar..dan etc..
InsyaAllah, i’ll try my best to knit this hat. Hopefully it will work out! 😛 hihi.. thanks to Smariek. Blogspot.Com for this cute hat pattern.
Thanks for hopping by!
One Reply to “Memahirkan diri mengait?”