Ini adalah koleksi knitting needles saya.. dan mereka lah yang banyak berjasa pada saya… alhamdulillah kerana dengan jarum-jarum ini.. saya belajar banyak pattern untuk memahirkan diri.. Kebanyakkan jarum-jarum ini dibeli secara online, ada yang dibeli dari LYS dan ada yang dihadiahkan oleh teman..
Dan antara butang yang menjadi koleksi… Allah.. kalau rasa memang tidak dibuat.. memang rasa membazir sangat.. asyik fikir apa nak buat dengan button2 ni.. kalau anda ada cadangan.. boleh beri komen ya!
Sudilah kiranya anda juga berkongsi peralatan mengait anda di forum Da’Knit ya! 🙂
Sejak kebelakangan ini.. otak saya banyak bekerja dan memikirkan banyak perkara… dalam hidup ini.. apa pun yang hendak kita lakukan.. nawaitu dan keikhlasan itu sangat penting.. tidak kiralah samada di dalam perkerjaan, perhubungan, perbuatan… dan lebih baik keikhlasan itu kita pendamkan dalam hati tanpa diluah.. kerana berkata ikhlas itu belum tentu ikhlas, kan?
Setiap buruk dan baik pasti ada.. yang penting kita tahu dan pandai menilai sesuatu perkara itu bukan sahaja dari zahir tetapi juga batin.. Jika kita hanya menilai sesuatu perkara di mata kasar.. tanpa menyelami apa yang tersirat seolah-olah kita telah tahu segalanya.. alangkah sedihnya.. manusia yang membuat kesimpulan tanpa meneliti sesuatu perkara itu adalah manusia yang lemah fikirannya.. kerana manusia yang bijak berfikir dan berkata setelah menilai sesuatu perkara itu sedalam-dalamnya adalah manusia yang hebat! Saya juga punya kelemahan dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.. secara perlahan-lahan, membuang yang buruk, mengambil yang baik.. menilai perkara dengan lebih dalam secara senyap.. memerhatikan keadaan sekeliling dan pelbagai lagi agar kita tidak pernah tersalah langkah.. insyaAllah insyaAllah..
Kerana jika nawaitu kita betul dan hati ikhlas.. buruk dan baik pasti diterima dengan hati yang terbuka.. walaupun ada kalanya sesuatu perkara ini menjadikan hati itu sedih.. tetapi apa pun, Allah itu sentiasa bersama kita!
hihi… sekadar sepatah dua kata dari Da’Knit 🙂
dalam makna tu ery. sepertinua ada pemendaman perasaan. 🙂
apa pun, kita usahakan untuk diri kita menjadi insan yg berilmu, beriman & banyak beramal soleh.
Allah shj yg tahu sama ada kita ikhlas atau tidak.:)
good luck
uiiiiiiiiiiii byknyerrrrrrr jarum……miahahahaha
emmm..rasa berat sangat apa yang dipendam…mendalam maksud ayat2 yang diluah…walau apa pun banyakkan bersabar ya….
hui….banyak nya koleksi…
geram tengok Dpns yang banyak tu hihi…