Baby hat on the way..

Assalamualaikum semua.. apa khabar? semoga semua pengunjung Da’Knit di dalam keadaan sihat sentiasa insyaAllah.. kali ini.. saya telah menerima tempahan dari rakan sepejabat.. alhamdulillah.. gembira bila ada orang menghargai dan berkenan dengan hasil tangan kita.. memandangkan saya jarang mengambil tempahan.. sekali-sekala bila dapat tempahan.. ianya membantu menaikkan semangat untuk terus belajar Knitting ni 🙂

Yang ini akan dibuat topi baby untuk 3 bulan.. tetapi saya rasa saya akan buat 4 bulan supaya si baby nanti boleh pakai lagi hihi.. insyaAllah.. saya mulakan dengan Ribbing pattern menggunakan jarum circular 40cm bersaiz 4 mm.. keseluruhan pattern.. saya akan cuba design sendiri… nanti kita tengok hasilnya hihi.. harap-harap menjadi.. oh ya.. dan benang ni saya gunakan benang Yazgulu dari Yarnsonlineshop.Com.. sesuai untuk cuaca di negara kita.. 🙂

Ada pelbagai warna menarik untuk anda cuba! silalah lawat ke Yarnsonlineshop.Com ya! Benang ni lembut dan seakan-akan satin.. memang sesuai kalau nak bagi baby pakai…  fibernya 100% akrilik, walaupun akrilik tetapi memang sangat lembut….. pada pos sebelum ni saya pernah tunjukkan benang ni di mana umi saya menggunakan benang yang sama untuk membuat scarf leher.. 🙂

Semoga projek kali ini siap dengan baiknya, insyaAllah

May Allah bless us all!

Terima kasih kerana bersinggah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *