Assalamualaikum semua..
Kali ini saya ingin berkongsi tentang GAUGE.Β Bila kita ingin memulakan sesuatu projek mengait, kita selalu akan terjumpa pattern menyebut tentang GAUGE.
Apakah maksud GAUGE?
Gauge ataupun tension sesuatu projek mengait sangat penting apabila anda ingin mendapatkan saiz yang bersesuaian dengan ukuran yang ingin anda perolehi.
Macam menjahit lah.. kalau menjahit.. kita mesti ukur dulukan.. berapa panjang baju yang kita mahu jahit, berapa ukuran dari segi pinggang, dada, bahu.. haa.. mengait pun macam tu π
GAUGE ni biasanya penting bila kita ingin kait sesuatu yang biasanya kita akan pakai di badan. Contohnya macam sweater, vest, topi, socks.. etc..
So macam mana kita nak tahu dan ukur GAUGE sesuatu pattern?
Biasanya.. di dalam pattern instruction, pattern tersebut akan nyatakan.. GAUGE untuk pattern tersebut. Contohnya dia akan kata:
Gauge/Tension- 22 sts x 22 rows – 4 inch x 4 inch.. (contoh ya!)
Jadi bermaksud.. untuk mendapatkan ukuran 4 inci x 4 inci.. kita akan pastikan bahawa kita punya stitches dan rows mesti sama dengan ukuran 4 inci x 4 inci.
Credited to: Lionbrand.Com
Gambar di atas adalah cara yang sesuai untuk kita ukur gauge/tension bagi sesuatu kaitan kita.
Katakan pattern tu.. tak sama dengan ukuran badan kita.. jadi, untuk memperolehi inci yang sama dengan ukuran pattern, kita akan buat satu sample yang dipanggil SWATCH. SWATCH ni.. kita akan knit satu sample bentuk square..Β dan dari swatch ini kita akan cek bilangan stitches dan rows..
Katakan gauge pattern tu ialah – 28 sts x 33 rows – 4 inci x 4 inci
tapi bila kita kait.. 28 sts x 33 rows masih belum sampai 4 inci x 4 inci..
jadi.. anda harus kait dan kait sehinggalah bilangan sts dan rows anda sama dengan 4 inci x 4 inci..
maka disini, anda akan tahu, berapakah bilangan stitches dan rows yang anda perlukan untuk mengait projek anda mengikut ukuran yang anda inginkan.
Untuk melihat bilangan stitches.. kita akan letak pembaris ataupun mana-mana alat ukur yang besesuaian secara mengufuk..
Manakala untuk melihat bilangan rows.. kita akan letak pembaris ataupun mana-mana alat ukur yang bersesuaian secara menegak..
Jadi.. anda kiralah stitches dan rows anda.. 1..2..3..4…. sehinggalah bilangan stitches anda itu mencapai 4 inci x 4 inci..
Jadi katakan ukuran yang anda inginkan ialah 20 inci..Β Maka, kalau 28 sts x 33 rows adalah 4 inci x 4 inci, maka untuk mendapatkan 20 inci, anda boleh kiralah..
28 – 4 inci
Maka 20 inci = ? sts… hehe.. anda kira ya!
Kita boleh menggunakan pembaris, ataupun knitting rules/gauge yang khas untuk melihat stitches dengan lebih baik.. gambar di atas itu adalah cara untukΒ mengira stitches dan rows menggunakan pita ukur.. π
Jikalau anda mempunyai stitches lebih daripada yang di cadangkan oleh pattern, kemungkinan anda mengait terlalu ketat, gunakan jarum kait yang lebih besar dari saiz jarum yang dicadangkan. Jikalau anda mendapati stitches anda kurang daripada gauge yang dicadangkan, ini bermaksud anda mengait dengan keadaan longgar, gunakan jarum yang lebih kecil dari saiz yang dicadangkan.
Oleh itu, sangat baik kalau anda mencuba saiz yang berbeza ini untuk mendapatkan gauge yang tepat dengan pattern.. benang juga sangat mempengaruhi saiz sesuatu projek. Benang yang tebal dan chunky.. biasanya tidak mengambil rows dan stitches yang banyak untuk mendapatkan ukuran yang diinginkan, tetapi biasanya benang yang halus dan jarum yang kecil, bilangan stitches dan rows akan lebih banyak.
Bagaimana? Adakah info ini membantu teman semua? InsyaAllah.. semoga info kali ini bermanfaat untuk kita semua ya! Biasanya kebanyakkan knitters tidak begitu ambil kira sangat tentang gauge.. tetapi, sebenarnya gauge ni sangat penting! Kalau anda tidak mahu membuka semula kaitan dan mula dari awal balik.. lebih baik kita cek gauge dulu. Ini akan menjimatkan masa kita mengait π
Selamat berknitting!
May Allah bless us all