Hook: Tulip andd… Giveaway Contest Closed! :)

Credits: Saplanet

Assalamualaikum semua, how is everyone 🙂 Wishing you a happy weekend. Yay! Today is Friday and I just loveeee Friday 🙂

Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis hari ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengait dengan jarum brand Tulip, yang sememangnya adalah di antara hook yang famous digunakan di kalangan crafter kat sini.

Sewaktu pertama kali belajar mengait jarum satu, saya menggunakan Tulip 3/0-4/0 dan saya memang selesa gunakan brand Tulip berbanding jenama yang lain.

Oh ya dulu, semasa saya awal-awal belajar knitting hujung tahun 2009, my mom saya selalu wish yang dia ada jarum hook yang saiz besar.. dan akhirnya alhamdulillah, dapat juga hook size besar dan saya belikan my mom saiz yang 5/0-6/0 dan 7/0-8/0. Pada masa itu, saya tidak begitu fokus untuk belajar jarum satu.

Tetapi setelah mula belajar crochet, saya cuba berjinak mengait dengan jarum Tulip saiz yang besar milik my mom. Wah.. memang selesa sangat dan saya terus jatuh cinta dengan hook ini.

Pada masa yang sama saya juga berhasrat untuk memiliki Clover Hook Set, dan kemudian tidak lama selepas itu, saya akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan Tulip 5/0-6/0 untuk diri sendiri seperti di gambar atas 🙂

Wahh.. memang seronok sangat guna Tulip aluminium hook ni.. dan selepas itu, saya turut menambah koleksi dengan mendapatkan pula saiz 7/0-8/0. Alhamdulillah.. sepanjang mengait menggunakan Tulip, saya memang rasa selesa sangat. Walaupun Tulip ini tidak mempunyai Comfort Handle seperti Clover, tetapi sebab saiz yang besar dan bahagian yang leper di tengah-tengah jarum tu, ianya memberikan keselesaan yang baik ketika mengait. Sifat aluminiumnya juga langsung tidak memberikan kesan “NGILU” ketika mengait, which, yang paling saya suka sangat! selain itu, jarum ni ringan, dan walaupun mengait berjam-jam, tengan tidak rasa sakit.Yang paling best, jarum ni tidak membuat benang rosak dan tercarik sebab tip hooknya tidak tajam.

Kebanyakkan projek saya, saya menggunakan Tulip hook. Walaupun Clover Hook best, tapi tetap juga suka pada Tulip 😛

Saiz yang ada untuk tulip aluminium ni hanya ada saiz 2/0 (2mm), 3/0 (2.2mm), 4/0 (2.5mm), 5/0 (3mm),
6/0 (3.5mm)m 7/0 (4mm), 8/0 (5mm) – double ended hook

Credits: Yoko Lab

Sekarang ni saya cuba menyiapkan projek baru.. insyaAllah kalau dah siap nanti, saya akan upload di sini.

Kalau ada yang berminat untuk jarum ni, boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com untuk satu set Tulip Hook bersaiz 1.75mm – 5.00mm (double ended 8 sizes/4 batang + 2 thready yarns needles in one set)

Happy knitting & crocheting everyone!

May Allah swt bless us all!

p/s: To Ying Yi and Syahidah.. thank you so much for joining Da’Knit giveaway! Winner will be announced as soon as possible 🙂

All the best!


8 Replies to “Hook: Tulip andd… Giveaway Contest Closed! :)”

  1. salam sindar..ya saya pun guna hook ni..mmg best..setakat ni cuma ada 3 set jak ngan saya 3/0-4/0, 5/0-6/0, 7/0-8/0..mmg best..tapi saya nak jugak cuba clover set..insyaallah kalo ada rezeki…saya akan oder..

    1. Betul Eija, memang best guna Tulip ini juga.. clover set pun best! dua-dua best.. aiiy… hihi.. InsyaAllah Eija, kalau ada apa-apa, Eija tanya ja ya! 🙂

    1. Aha… lama dah giveaway kak Zila.. hehe.. sejak tahun lalu lagi.. dua orang ja contestant.. contest knitting bunny 🙂
      InsyaAllah kalau ada lagi giveaway.. kak Zila join ya!

      Tulip ni best.. licin ja bila kait.. tapi kalau kait lama.. mmg sakit juga tangan 🙁 huhuhu…

  2. sebenarnya sy konpius ckit ^^..sy cube2 je..sy da cari kat banyak tempat tp kebanyakan jarum tulip saiz mesti start dari 1.75mm n ke bawah(yg kale silver/biasa punya)..xde lagi besar dr 2..ade besar ckit punn saiz 1 tapi xditulis `milimeter` nye..sebenarnya jarum tulip ni ade anggaran tersendiri ke? mksudnya mungkin saiz nya 1 tp anggaran utk jarum lain sebenarnya `4.5mm` contoh nya

    1. Salam Niza,

      Terima kasih di atas lawatan ke Da’Knit 🙂

      Niza tinggal kat mana ya? kalau kat KK.. boleh cari saiz Tulip yang besar sehingga 5mm (8/0 kalau ikut japan conversion) kat bahagian CP ataupun Putatan. Yup jarum Tulip ni banyak saiz sebenarnya.. dan jarum Tulip itu sendiri ada jenis-jenis lain lagi.. contohnya seperti Tulip Etimo, juga dari Tulip tetapi jarum ni ada comfort handle sesuai untuk mengelakkan jari2 sakit.

      kalau yang 1mm,1,75mm.. ini diameter bagi setiap jarum. kalau yang saiz 4.5mm lebih kurang saiz 7/0.. dan setepatnya, 7/0 saiz 4.mm..saiz 8/0 adalah saiz 5mm..

      Saiz hook japan dengan US/UK berbeza.. kalau US/UK biasanya dia akan pakai mm ataupun nombor/abjad seperti G,H,I…

      Jepun biasanya akan gunakan saiz dalam bentuk 1/0-2/0-3/0 dan seterusnya.

      Dan diameter jarum jepun dan US tidak sama. Kalau hook jepun dia ada lebih point sikit contohya.. jepun hook 2.3mm iaitu 3/0 dimana 3/0 tak sama dengan 3mm….

      sebab itu sangat digalakkan apabila seseorang itu telah memulakan kaitannya dengan jarum A.. maka dia perlu stick dengan jarum A itu sampai habis projek sebab jarum B walaupun sama saiz tetapi masih terdapat perbezaan disebabkan kepala hook berbeza-beza.

      harap info ini membantu Niza ya:)

      Jemput lawat selalu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *