FAQ Knitting: St St 12 Rows

Assalamualaikum semua, hari ini adalah hari Ahad.. juga merupakan Mother’s Day. Semoga Allah swt sentiasa merahmati ibu dan bapa kita. Amin.

Shoutbox di atas, adalah merupakan soalan yang diajukan oleh seorang pengunjung, Dan tiba-tiba pula dapat satu idea 🙂

From now on.. I will open another category, which is FAQ KNITTING. InsyaAllah, segala pertanyaan akan saya jawab dan akan letakkan di bawah FAQ KNITTING. Mungkin ianya akan membantu dan memberikan manfaat kepada pengunjung/peminat mengait yang lain. Terima kasih saudari Zamrita Anuwar di atas pertanyaan saudari. InsyaAllah, saya akan cuba jawab sebaiknya! Saya tidak menjawab di shoutbox disebabkan ruang yang terhad dan semoga jawapan di post ni dapat membantu saudari 🙂 InsyaAllah.

Apa maksud st st 12 rows?

1. St St

Pertama sekali, kita kena faham dahulu apa maksud St St.

St St abbreviation dan ringkasan bagi Stockinette Stitch. Apakah itu stockinette stitch? Stockinette stitch ialah satu jenis kaitan di mana anda menggunakan kaitan jenis Purl dan Knit sahaja sewaktu mengait setiap baris. Contohnya:

Row 1 (RS) : Knit

Row 2 (WS) : Purl

(Ulang Row 1- Row 2 untuk mendapatkan stockinette stitch)

Gambar rajah di bawah adalan untuk melihat contoh St St ataupun Stockinette Stitch.


Gambar di atas adalah menunjukkan St St. Iaitu pada bahagian sebelah rupanya seperti knit side dan sebelahnya pula adalah purl side.

2. St St 12 rows

Maksud st st 12 rows pula ialah, anda perlu membuat kaitan sebanyak 12 rows stockinette.  Jadi maksudnya, anda akan kait Knit satu baris, Purl satu baris, Knit satu baris, Purl satu baris sehingga baris ini mencapai 12 baris mengikut pattern.

Apabila telah sampai 12 baris, anda boleh menukar kaitan kepada bentuk kaitan yang lain seperti yang diarahkan oleh pattern.

Semoga jawapan ini dapat membantu menjelaskan maksud st st 12 rows 🙂

I need to finish my sweater today!

Thank you for hopping by!

May Allah swt bless us all.

 

9 Replies to “FAQ Knitting: St St 12 Rows”

  1. salam…tq yor uf info..wak..btw saya mmg baru dalam kait mengait ne…n saya belajar di internet..mmg kadang2 saya ada yang tak berapa faham dengan apa yang perten tu nak..tq sekali lagi…

    selamat bercuti..dan selamat menyiapkan hasil keja awak….

    1. Waalaikumsalam saudari Zamrita,

      alhamdulillah.. harap pejelasan saya terang, kalau ada yang saudari kurang faham, saudari bagitahu saya ya 🙂
      Saya pun belajar banyak menggunakan internet, youtube dan forum-forum dari luar negara yang kebanyakkan banyak membantu dalam pembelajaran mengait. Kemudian buku mengait juga membantu kepada tahap yang lebih intermediate dan advanced.

      Gembira dapat belajar bersama saudari!

      Selamat bercuti dan selamat menyiapkan hasil topi saudari 🙂

      Jemput lawat selalu!

  2. Sindar,
    happy mother’s day!
    Sindar ni memang rajin, menjawap kemusykilan orang. Yati pun secara tak langsung, belajar benda baru dari entri Sindar ni. Yati juga masih cuba faham abbreviations dalam free pattern yang Yati jumpa. 🙂
    Good luck siapkan sweater tu!!

    1. Thank you Kak Yati! Happy mother’s day untuk kak Yati juga 🙂
      Terima kasih kak. Alhamdulillah.. mudah-mudahan ada manfaatnya untuk kita semua.
      Thanks for the wish xD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *