Slow progress.. but having fun making it :D

Assalamualaikum πŸ™‚ Gambar di atas Ini adalah work in progress yang terbaru saya. Rasa sungguh lama nak siapkan. Yang dalam gambar ni baru nak siap bahagian skirt, dalam 90%. Lepas tu akan kait bahagian sleeves dan baru masuk body.. ohh bilalah nak siap..Β  betul-betul rasa slow sangat mengait kali ni.. especially tangan pun rasa sakit sejak 2-3 bulan lalu mungkin effect dari pregnancy.. mudah-mudahan Allah berikan saya peluang siapkan dress ni sebelum due.. insyaAllah. πŸ™‚

Dan lagi.. semoga parcel2 saya dari USA akan sampai dengan selamatnya.. amin amin amin ya rabbal’alamin.. Harap kawan-kawan dan para pelanggan yang sangat dihargai oleh daknitΒ  turut sama doakan agar barangan ni sampai dengan selamatnya.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada designer pattern baby dress ni.. memang sangat jatuh cinta dengan dress ni. InsyaAllah akan update perkembangannya.

Terima kasih sudi singgah ke daknit πŸ™‚

4 Replies to “Slow progress.. but having fun making it :D”

  1. Owh saya sgt jatuh cinta dgn warna dress nih… nak tya, guna benang apa yer…satu benang yg sama atau combine2 color? saya suka kombinasi color tuh..

      1. ooooh pernah nampak benang ni, tp xpernah guna lg.. sy wonder lah, klo gune benang ni mmg otomatik bole dpt kombinasi color yg mcm tu eh? maksud saya, mcm color stripe tu, ke nak kene adjust2 baru dpt hasil yg mcm awak buat tuh.? hmm cmne nak ckp yer, tp sy rse awak paham ape yg sy nk tye tuh..huhu

        1. Salam Aiza..

          Maaf kerana lewat reply komen πŸ™‚ selalu ter miss komen di blog.. sebab aktif dekat page fb. Jemput2
          datang sana ya!

          Yup benang ni memang automatik kombinasi dia macam tu bila kita knitting. Kalau crochet, biasanya
          guna mata kaitan single crochet untuk dapatkan hasilnya.

          Kalau guna double crochet, warnanya mungkin lari sedikit dan tak jadi stripping. Tapi biasanya knitting yang akan menghasilkan corak stripping jika guna benang magik ni πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *