Knitting Top Down Guidelines: How I design a top down raglan pullover?

FFK-Cover

(Book author: Kristen TenDyke )

How I design a top-down raglan pullover

There’s one special thing about raglan sweaters that I see overlooked in so many designs.

This one special thing is the depth of the back neck. This is determined by how many stitches are cast on for the sleeves at the neck edge. Half of the sleeve cast-on measurement determines the back neck depth (and the front neck depth if it is worked the same as the back). This measurement, when added to the length of the raglan shaping determines the total length from the shoulder to the underarm, and is important to include for the desired armhole length to be accurate.

For example, if you have 4″ worth of stitches cast-on at the top of the sleeve, that would result in a 2″ back neck depth. And, if the raglan shaping is worked over 5.5″, the total armhole depth is 7.5″. This is an important thing to keep in mind when writing the raglan shaping, because a 5.5″ armhole is a lot smaller than a 7.5″ armhole (Read More at….ย http://kristentendyke.blogspot.com/2013/06/how-i-design-top-down-raglan-pullover.html)

Berry Kufi/Kopiah Berry – Available for purchase :)

Presentation1

Assalamualaikum and good evening friends
Remember about our contest? It will start tomorrow!
(Rules/syarat: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=587814454575403&set=a.215734975116688.54297.215276015162584&type=1&relevant_count=1)
**
Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan, 24hb ada tarikh di mana anda sudah boleh membeli pattern ini. Pattern adalah fully writte instruction dalam bentuk bahasa Inggeris yang mudah.
Untuk order, sila PM kami. Terima kasih
**
Jom join contest!
Ery
www.daknit.com

Berry Kufi Contest@Raya/Ramadhan. Join us!

969739_584646051558910_1300722389_n

Assalamualaikum dan selamat petang peminat mengait semua Maaf di atas kelewatan memuat naik Peraturan Contest Berry Kopiah yang dianjurkan oleh Da’Knit. Tujuan pertandingan kali ini adalah untuk memperkenalkan pattern terbaru dari Da’Knit, iaitu Berry Kufi/Kopiah Berry yang perlu dibeli untukย  mengikuti pertandingan ini. Berikut adalah syarat pertandingan.

Harga Pattern: RM10.00/PDF
Untuk pertandingan, harga: RM3.00/PDF sahaja. Pattern dalam bentuk format PDF Adobe Pattern adalah copyrighted.

Pattern tidak boleh dijual-beli, dikongsi ataupun diterbitkan semula dalam apa jua bentuk format yang ada. Hasil kait menggunakan pattern ini boleh dijual semula.

P7120513aBaik,
Syarat-syarat pertandingan.
1. Terbuka kepada semua warga peminat mengait crochet/knitting.
2. Penyertaan hanya terhad kepada 1 orang 1 pattern sahaja. Da’Knit akan mengambil nama peserta dan nombor resit pembelian sebagai bukti penyertaan.
3. Saiz pattern adalah berdasarkan saiz benang Cotton Jeans YarnArt. Menggunakan benang selain Cotton Jeans YarnART berkemungkinan akan menghasilkan saiz yang sedikit berbeza dari saiz asal.
4. Setiap kopiah yang dikait perlu di ambil gambar bersama pemakainya dan digayakan dengan tema – RAMADHAN/AIDILFITRI – mengikut kreativiti anda.
5. Tarikh pertandingan akan bermula pada 25 Julai 2013 dan berakhir pada 25 OGOS 2013.
6. Gambar WAJIB di-email ke email kami di sindarery@gmail.com beserta nama dan trademark anda.
7. Pattern akan diemail selepas pembayaran diterima dan pembelian boleh dilakukan pada 24hb Julai 2013.

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi:

Hadiah Utama:
6 x Cotton Jeans YarnART + HOOKS bernilai RM154.00
(Seperti di dalam gambar)

Hadiah Saguhati:
Voucher sebanyak RM10.00 (digunakan untuk sebarang pembelian di www.daknit.com) untuk 5 PESERTA BERTUAH.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami menerusi peti simpanan (inbox).

**
Join our Kopiah Berry/Berry Kufi contest and win yummylicious price!
If you intend to use Cotton Jeans YarnART for this pattern, inbox us to get Cotton Jeans’s special price only for the contest! ?
**

Sekian,
Ery@www.daknit.com
21 Julai 2013

Free Crochet Tote bag by Daisy Cottage Design

Children's Market Tote Collage

Need a quick gift for a little girl in your life? This might be the perfect thing! Whip one up in a couple hours while listening to an ebook or spending time with your family, add a flower or other embellishment, and you’re good to go! How cute would it be to add some felt or crocheted food inside the bag? Riley has already spent a good deal of time enjoying this bag and I know she would absolutely love having items to go in it! It would also make a good yarn storage bag – it holds a good number of cotton skeins (Read More at http://www.daisycottagedesigns.net/2012/08/free-market-tote-crochet-pattern.html)

Benang Kait Nako Baby Luks Minnos – So soft yarns..

Nako Baby Luks Minnos: Baby Yarns@Daknit.Com

Updated on Thursday
Nako Baby: Luks Minnos 3664 (Light Yellow)
RM22.00/ball
Product details:
Mixture (Materials) : 50% Polyamide, 50% Premium Acrylic
Yarn Length : 336.00 m
Label Weight : 100 g
Related Needle Sizes : 3.5
Related Crochet Sizes : 4
Season : Winter, Spring, Summer, Autumn
Possible projects : Cardigan, pullover, home textile, scarf, hat, blanket, woolen shoe for a baby etc.

Apabila Allah memberi hidayah.. Cerita di bulan Ramadhan

tumblr_mg1skv2Gd31qil46jo1_1280

“Saya suka sangat orang Melayu dan saya sangat minat dengan Islam!”
Begitulah kata anak muridku yang baru mencecah 13 tahun sewaktu aku bertanyakan mereka tentang kehidupan dan budaya makan di kalangan bangsa Cina. Aku memang sangat terkejut dan teruja dengan kata-katanya yang memang kukira, keikhlasan itu boleh kulihat menerusi cahaya matanya. SubhanAllah.. bagaimana Allah boleh membuka hatinya untuk merasakan perasaan sedemikianย  di kala umurnya masih begitu mentah sekali? Tiba-tiba aku teringat sahabat baikku, juga rakan sebilikku, juga merupakan seorang gadis berbangsa Cina. Entahlah… sejak mengajar di sekolah baru lebih kurang setahun lebih, aku belajar banyak perkara baru. Tahun ini merupakan tahun kedua aku mengajar di sekolah yang hampir 95% pelajarnya adalah pelajar berbangsa Cina dan cabarannya memang berbeza sekali dari sekolah lamaku.

Tetapi bukan ini yang aku ingin catatkan di dalam tulisanku hari ini. Cuma ingin menulis sesuatu yang boleh kukenangkan kembali agar aku tidak lupa kejadian itu pernah berlaku. Bukan hanya setakat -deja vu-.

“Er.. saya sangat minat dengan Islam dan ingin memeluk Islam”
Masih terngiang-ngiang kata-kata sahabat sebilikku yang dari Miri ini sewaktu kami sedang berbual-bual di atas katilnya. Perkara itu sudah 9 tahun lamanya berlaku. Tetapi aku tidak boleh lupa kerana ianya merupakan perkara yang benar-benar terjadi di hadapanku.

“Bagaimana kau boleh minat dengan Islam?” tanyaku dengan penuh minat. Benar. Ini kali pertama aku berhadapan dengan seseorang yang benar-benar ikhlas menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Kami bercerita panjang pada hari tu. Petang atau malam aku tidak begitu ingat tetapi aku sangat teruja dengan jalan ceritanya. Dia kata, dia sudah mula berminat dengan Islam sejak dia berada di Tingkatan 1. Mula mencari ilmu ketika di Tingkatan 2. Kalau anda tanya apa sebabnya? Maaf, aku benar-benar lupa. Tetapi aku masih ingat bagaimana dia telah menempuh liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran untuk mengenal Islam sehingga ada suatu masa di mana dia telah dipulaukan oleh sahabatnya hanya kerana dia berminat dengan Islam. Alangkah sedihnya .. kerana risau memikirkan dia akan kehilangan sahabat-sahabatnya itu, cepat-cepat dia lupakan hasratnya sehinggalah dia berjaya ke Matrikulasi dan meneruskan kembali perjuangannya mencari Islam.

Kami adalah rakan sebilik. Dalam bilikku itu ada 4 orang pelajar. Aku salah satunya dan hanya aku seorang yang berasal dari Sabah. Manakala baki yang 3 lagi berasal dari Sarawak. Sepanjang setahun aku bersama mereka, aku belajar banyak benda baru tentang Sarawak, satu-satunya negeri yang belum pernah kujejaki lagi. Berbalik kepada sahabatku tadi, hampir setiap hari aku memberikannya kata-kata semangat. Aku cuba memahami perasaan dan hatinya. Kami menjadi sahabat baik. Walaupun kelas kuliah dan tutorial kami berbeza, namun aku tidak pernah melepaskan peluang untuk bersama dengannya dan menjadi sahabatnya. Maka sejak hari itu, aku lihat dia semakin berani meluahkan dan berkongsi isi hatinya pada ku. Lebih-lebih lagi tentang niatnya untuk memeluk Islam.

Sehinggalah satu hari.. aku rasa, waktu itu sudah petang. Sebaik pulang dari kelas tutorial, aku kembali ke bilikku seperti biasa. Sewaktu aku sedang berada di katilku membuat sesuatu, pintu bilik kami terbuka dan kelibat sahabatku tadi masuk dengan senyuman lebar di bibirnya sambil berkata,
“Aku sudah masuk Islam”
Aku dan sahabat sebilkku yang kebetulan sedang belajar di mejanya, memandangnya dengan mata yang terbuka luas. Aku dan dia sama-sama terkejut mendengarnya.

“Haaa.. biar betul??” kawanku yang dari Sibu, aku tidak ingat apa yang dibuatnya pada waktu itu, turut sama keluar dari katilnya dan memandang sahabat mualafku itu dengan mulut yang separuh terbuka.

“Ya.. betul..” bibirnya masih tersenyum lebar. Tanpa berlengah lagi, aku dan sahabat-sahabat sebilik yang lain cepat-cepat memeluknya sambil menyatakan rasa gembira dan syukur.

Masya Allah.. SubhanaAllah.. hari itu adalah merupakan hari yang sangat gembira buat kami. Gembira kerana hadirnya saudara baru di dalam bilk kami. Pada keesokkan harinya, hampir seluruh warga Kolej Matrikulasi terpukau dengan khabar itu. Aku sangat bersyukur dan berdoa semoga Allah sentiasa memberikan hidayahNya untuk saudara baruku ini.

Aku melihat perubahan yang ketara pada dirinya. Bermula dari dia tidak memakai tudung, perlaan-lahan berjinak-jinak dengan memakai tudung dan akhirnya menutup terus auratnya dengan mengenakan tudung labuh dan jubah. Oh Allah.. melihatkan fasa-fasa perubahan itu, aku dan sahabat-sahabat lain sangat gembira. Walaupun saat itu, sedikit demi sedikit kawan-kawannya sudah mula memulaukan dirinya tetapi pada masa yang sama, kawan-kawan baru muncul satu persatu. Mereka sedaya upaya membantunya dari pelbagai sudut agar dia tidak rapuh.. agar dia menjadi kuat untuk menjalani hidup baru.

Kami sempat berpuasa bersama, berterawih bersama, berbincang-bincang akan hal yang berkaitan dengan Islam bersama dan juga berjemaah bersama. Ya.. aku rindu berbual dengannya walaupun ada kalanya kami akan bergaduh, berselisih faham.. namun aku rindu untuk duduk dan berbual dengannya kerana dia adalah sahabat yang baik buatku. Sejak kami berpisah selepas tamat Matrikulasi, hanya sekali sahaja kami sempat bertemu. Selepas itu, aku sudah tidak tahu dan tidak pernah lagi mendengar khabarnya. Hubungan kami terputus begitu sahaja. Tiada berita.

Namun dua tahun yang lalu, aku berjaya mengesannya di laman mukabuku. Masya Allah.. aku sungguh gembira melihat gambarnya dan alhamdulillah dia sudah pun berkahwin dan sekarang menetap di semenanjung. Yang lebih menggembirakan aku lagi dia masih tetap seorang muslimah dan semoga kekal menjadi muslimah yang sejati. Walaupun aku telah menemuinya kembali..tetapi aku tidak meneruskan persahabatan ini. Kukira.. mungkin kami sudah tidak punya jodoh lagi. Mungkin hadirnya dia dalam hidupkan untuk mengajarku lebih menghargai diriku dan agamaku. Mungkin juga hadirnya dia dalam hidupku untuk menjadikan aku lebih kuat menjalani kehidupan sepanjang kami di Matrikulasi. Terima kasih sahabat.

Mengenangkan peristiwa ini, aku mula tertanya-tanya, bagaimanakah pula nasib pelajarku itu tadi? Adakah dia akan melalui perkara yang sama seperti sahabatku ini? Apakah pilihannya nanti?

Wallahu-‘alam. Aku cuma mampu berdoa dan berdoa semoga Allah memberikan hidayahNya kepada mereka yang memerlukan. Juga tidak lupa untuk diriku, hamba Allah yang masih lemah dan daif dari setiap sudut. Zahir dan Batin. Alangkah ajaibnya kuasa Allah. Setiap perjalanan hidup kita sememangNya telah diatur dengan baik olehNya.

**

Bila aku mula menulis,
Er
14 July 2013, Ahad.

Experimenting before publish..

P7120513a

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐Ÿ™‚

I’ve been experimenting my kopiah for the pass week. This is to ensure that my written instruction is correct after I found a small mistake in my writing therefore I need to re-do it again. So far, I made the correction for almost 5 times@_@! I’ll be writing again today to get the final result. Once I feel satisfied, I will publish it by tonight or tomorrow, insya Allah ๐Ÿ™‚
(NOTE: I will write two sizes, for adult and for kids. I’ll give some tips on how to reduce the size into baby size in my pattern too :)) Stay tune!
**
Model by Mr.Hubby
**
Ery,
www.daknit.com (Visit our Kedai Mengait Online)
Contact Us: sindarery@gmail.com
#Nothing is impossible if you know you can do it!#

Berry Kufi a.k.a Kopiah Berry! ~~

Slide1Alhamdulillah.. siap juga akhirnya kopiah pertama designed by me ๐Ÿ™‚ Simple tetapi agak menarik bagi saya. Saya namakannya Berry sebab rupanya macam berry pula di mata saya. Apa pendapat anda pula? Saya ambil masa lebih kurang 3 jam lebih untuk menghasilkan design ini termasuk draft pattern-nya sekali. Insya Allah, saya akan tulis pattern ini dengan lengkap secara instruction dan akan dibuka untuk jualan di Ravelry Store saya ๐Ÿ™‚

**

Alhamdulillah.. After 3-hours, i finally accomplished my mission to write down the draft of this pattern, designed by me. What do you think? I named it Berry Kufi cause the stitch looks like berry for me ๐Ÿ˜› Insya Allah, the pattern will be opened for sale in my Ravelry Store once I properly record the pattern soon. The pattern will be in written instruction, USA terms.

Any comments/suggestions are welcome!

p/s: Model is my youngest brother ๐Ÿ™‚
**
Ery,
www.daknit.com

Mengapa -handmade- mahal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama saya tidak membuat sebarang update di blog ini. Singgah sekejap.. tutup.. belum ada idea apa yang nak dikongsi sama.

Tapi alhamdulillah hari ni saya mendapat sedikit idea hasil dari pencarian di internet, iaitu saya ingin berkongsi dengan semua peminat mengait, mengapa -handmade- mahal? hihi.. tajuk macam nak buat promosi pulak!

OLYMPUS DIGITAL CAMERAHasil knitting yang tak siap-siap lagi… huhu..

Saya bukanlah seorang penjual hasil kait yang aktif, tetapi saya sangat aktif dalam menghasilkan barangan kait. Kadang kala.. saya mengambil masa berminggu-minggu untuk siapkan hanya satu projek disebabkan kekangan masa dan terdapat lebih banyak hal lain yang perlu diutamakan. Namun begitu, saya sememangnya adalah seorang peminat mengait yang tegar dan mengait adalah merupakan hobi yang amat saya sayangi.

Oleh itu, sebagai peminat mengait yang tegar, saya cuba memahami masalah-masalah yang selalu dihadapi oleh mereka yang menjadikan hasil kait sebagai satu perniagaan sampingan/utama. Antara soalan yang kerap saya dengar dan terima dari sumber-sumber di internet dan juga saya sendiri ialah:

1. Kenapa mahal sangat? Tak boleh murahkah?

2. Berapa ya harganya? .. harganya sekian-sekian… *senyap…*

3. Saya nak macam ni, boleh? Berapa harga dia? Ok… saya akan bank in dan akan maklumkan nanti.. (sebulan kemudian… 3 bulan kemudian.. setahun kemudian…..) < — ini adalah salah satu sikap yang sangat tidak beretika di dalam urusan jual-beli. Nauzubillahiminzalik.. moga Allah lindungi kita dari bersikap sedemikian.

4. Benang mahal sangatlah… Benang murah tak adakah? Saya nak selesa dipakai.. bla..bla… (ni adalah salah satu soalan yang saya rasa macam agak susah juga nak jawab…)

5. Kenapa mahal? kalau saya beli di kedai saya boleh dapat murah lagi…. (oh Tuhanku… *palm on face*!)

Ok.. cukup dengan soalan-soalan di atas.. kalau nak tambah, nanti tak habis-habis saya menulis ๐Ÿ˜‰ hehe.. just kidding!

Baiklah, berbalik kepada, mengapa -handmade- mahal?. Sebagai penjual, kita pasti akan menentukan kos pengeluaran dahulu (sambil ajar pelajar, saya pun turut belajar sama), iaitu,

a) kos bahan mentah,

b) kos upah,

c) kos overhed (jika ada),

Maka jumlah yang diperolehi dari ketiga-tiga kos ini adalah kos pengeluaran kita. Manakala sebagai pembeli pula, kita perlu pastikan “bajet” perbelanjaan tidak melebihi keperluan dan bijak dalam mengurus pembelian (utamakan yang utama dahulu)

Berikut adalah contoh kos pengeluaran di pihak penjual:

Barangan yang ingin ditempah: Baju Dewasa saiz L

Benang yang diperlukan: 8 buku benang (100gram/sebuku) = RM22/sebuku (guna benang import yang selesa)

Accessories tambahan: Butang (5 biji) = RM5.00/5 biji

Upah (kos upah mengait, ingat bahawa penjual adalah manusia dan memerlukan ruang masa yang terhad untuk mengait. Maka kiraan upah diambil mengikut jam): RM5/sejam. Tempoh menyiapkan ialah dalam masa seminggu (7 hari) dengan menggunakan 5 jam/sehari.

Kos overhed: TIADA

Maka jumlah keseluruhan ialah: RM22 x 8 + RM5.00 + RM25 x 7
Kos pengeluaran: RM356.00

Mengapa -handmade- mahal?

Ingin saya ketengahkan masalah utama yang selalu dihadapi oleh pihak penjual barangan kait ialah kebanyakkan pembeli kurang memahami istilah -handmade mahal-. Wujud sebahagian mereka yang menganggap, barangan kait ini amat mudah dihasilkan dan boleh disiapkan dalam waktu yang singkat. Apa yang menyedihkan lagi, mereka gemar membuat perbandingan harga/hasil yang dibuat di antara penjual A dan penjual B. Tetapi, tahukah anda, penjual A itu bukanlah orang yang sama dengan penjual B? Tahukah anda, tangan penjual A itu mungkin lebih kecil dari penjual B menyebabkan tangannya mungkin lebih memerlukan tenaga untuk mengait? Tahukah anda, penjual A tidak tidur malam untuk menyiapkan tempahan berbanding penjual B?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Setiap barang kait yang dihasilkan mempunyai nilai sentimental yang tidak sama di antara penghasil barang kait. Barangan dan kos mentah yang digunakan dalam menghasilkan barangan kait juga bukanlah sesuatu yang murah, apatah lagi jika anda sebagai pembeli inginkan keselesaan ketika memakai barangan hasil kait. Pada masa kini juga, pelbagai jenis benang kait yang dijual adalah dari jenis yang lebih selesa, berkualiti dan bermutu. Sebagai penjual barangan kait, kualiti dan keselesaan merupakan elemen yang amat dititikberatkan bagi memastikan pihak pembeli berpuas hati dengan hasil yang diterima. Oleh itu, bagi memastikan jual-beli mendapat kepuasan dikedua-dua pihak, pihak penjual dan pembeli perlulah berbincang dengan baik, mencari alternatif yang boleh memenuhi kehendak pembeli dan yang paling penting ialah pihak pembeli tidak menganggap yang pihak penjual itu adalah sebuah -mesin-. Ingatlah, penjual barangan kait itu menggunakan tenaganya 100% untuk menyiapkan tempahan anda.

**

Saya sangat bersyukur kepada Allah, kerana Allah memberikan saya peluang untuk memahami perasaan sebagai seorang penghasil barang kait. Saya juga gembira apabila melihat pasaran barangan kait juga semakin maju di Malaysia. Jikalau di negara luar, anda pasti teruja melihat betapa aktifnya wanita-wanita disana menghasilkan barangan kait dan mereka sangat-sangat menghargai hasil kait yang dibuat oleh tenaga manusia walau mahal sekalipun. Sebagai contoh, anda boleh lihat barangan handmade yang dijual di ETSY. Fikirkan..

Selain itu, antara perkara yang turut memberangsangkan saya ialah kini, benang-benang kait, jarum kait, accessories dan pelbagai lagi sudah begitu mudah didapati di pasaran seperti di kedai-kedai tempatan ataupun secara maya (online).

Kesimpulannya..jika anda merasakan hasil barangan kait yang dijual adalah mahal, bukankah lebih baik jika anda sendiri yang mengaitnya? ๐Ÿ™‚ Percayalah, anda akan lebih menghargainya!

577056_470453856311464_1289591514_n1537238727

Disini ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan, buat renungan saya sendiri dan juga anda sebagai pembeli. Jika anda berminat dengan hasil kait yang dijual di laman-laman penjual barangan kait, pastikan anda:

1. Terapkan di dalam minda anda bahawa barangan -handmade- memang mahal.

2. Benar-benar berminat dan mempunyai perbelanjaan yang sememangnya anda khaskan untuk membeli barangan kait tersebut. Jangan bertanya seolah-olah anda serius, namun anda tahu anda tidak mampu membayarnya. Ianya hanya akan mengecewakan si penjual dan menganggap anda hanyalah seorang STALKER dan tidak serius. Akhirnya, nama anda akan di BLOCK/BLACKLIST.

3. Tidak membuang masa si penjual dengan bertanyakan soalan tanpa memberi respon semula. Tunjukkanlah bahawa diri anda adalah seorang yang beretika. Katakan sahaja anda tidak jadi membelinya/menempah jika anda ingin batalkan niat anda. Jangan buat si penjual tertunggu-tunggu respon anda.

4. Tidak membandingkan harga di antara penjual A dan penjual B kerana tangan yang menghasilkannya adalah berbeza (sama macam memasak, setiap masakan punya rasa yang berbeza walaupun menunya sama!)

5. Benar-benar memahami kos pengeluaran yang terpaksa di tampung oleh penjual barangan kait sebelum membuat kesimpulan. Dan di pihak penjual, perlulah memohon deposit dahulu bagi menampung semula kos yang telah dibelanjakan bagi mengelakkan berlakunya tempah dan lari.

6. Tahu bahawa barangan kait yang dihasilkan oleh MESIN tidak sama dengan TENAGA MANUSIA.

Sekian, terima kasih ๐Ÿ™‚

Mohon maaf jika ada tulisan saya terlalu berjela-jela. Saya cuma berharap agar artikel ni boleh membantu kita semua dalam menyelesaikan masalah -mengapa handmade mahal?-

NOTE:

Semoga bermanfaat untuk saya, awak dan mereka! ๐Ÿ™‚

Ery,
www.daknit.com