Basic: Cast On

Cast On..

Apa itu Cast On?

Cast On ialah satu kaitan yang akan digunakan sebagai pembuka permulaan kaitan (istilah ciptaan sendiri 🙂 )

Masa tengok-tengok kat youtube, terjumpa satu cara cast on yang senang untuk dikait. Di bawah ini adalah video yang menunjukkan cara-cara membuat cast on.

LONG TAIL CAST ON

Video credited to : Knit67

Penerangan:

1. Di dalam video di atas, sebelum membuat cast on, perlu dibuat satu slip knot dahulu.

2. Setelah kita membentuk satu slip knot, anda perlu mengukur berapa panjang stitches yang anda ingin kait. Oleh itu, anda haruslah memastikan bahawa benang yang tidak bersambung pada bola benang (dipanggil tail) mempunyai ukuran yang panjang seperti yang dikehendaki. Oh ya.. benang yang bersambung pada bola benang dipanggil sebagai working yarn.

3. Kemudian, pastikan dua belah benang tadi di pegang dengan kemas seperti di dalam video.

4. Masukkan jarum kait dari bawah lubang pada ibu jari, terus masuk ke dalam lubang di jari telunjuk dari atas, kemudian terus sahaja masuk kembali ke dalam lubang di ibu jari dan benang dilepaskan dan tarik sehingga loop tadi menjadi 2 stitches.

5. Teruskan langkah 4 sehingga anda mencapai stitches yang anda inginkan 😀

Terdapat pelbagai jenis cast on yang anda boleh lakukan. Cast on jenis ini baik untuk mendapatkan feel yang elastik. Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, terdapat banyak jenis cast on yang boleh digunakan dan ada juga yang sangat mudah dan sesuai digunakan bagi yang beginners.

InsyaAllah, jika berkesempatan, saya akan cuba lampirkan pula jenis-jenis cast on yang lain pada entry yang akan datang ok 🙂

Antara Cast On yang anda boleh kait boleh dilihat di dalam gambar di bawah :

(disclaimer: this is an image taken from Big Book of Knitting and Vogue Knitting, this is only for personal used and learning purpose only. Please buy the book to support!)

**klik pada gambar untuk lihat image yang lebih besar dan jelas ataupun right-click and – save target as- untuk lihat di dalam pc anda.

KNIT CAST ON (ELSTEFFO@YOUTUBE.COM)

RIB CAST ON (ELSTEFFO@YOUTUBE.COM)


Selamat mencuba!

-Sindar-

12 Replies to “Basic: Cast On”

  1. salam …sy berminat dgn blog ini.., tp xdak ka knitting using 1 needle only? sy teringin nk blajaq pattern len guna 1 jrum….tq

  2. Salam Siti,

    Terima kasih di atas kesudian bersinggah ke Da’Knit!

    Oh tidak 🙂

    Knitting ni adalah jarum kait dua

    Crochet ni adalah jarum kait satu

    Cuba siti lihat di ravelry.com untuk melihat pattern-pattern mengait Crochet dan Knitting.

    Ada banyak pattern yang lawa-lawa di ravelry.com 🙂

    Jemput lawat selalu~

  3. hello.. I am interested to learn knitting. But it kinda hard for me to learn through video. is there any knitting classes in kota kinabalu area? thanks..

  4. syukur lah sy terjumpa blog ni.. saya pun baru belajar macamana untuk ‘cast on’ ..anyway, kedai kamu di mana ya di area kk>?

Leave a Reply to siti Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *