Basic: Slip Knot

Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa hari berlalu, barulah hari ini saya dapat update blog. Hari ini macam-macam cerita berlaku.. hai.. Apa pun yang terjadi, baik ataupun jahat, kita haruslah sentiasa beringat bahawa hidup ini hanya sementara sahaja kan?

Lebih baik, dalam kehidupan yang singkat ini, kita menghabiskan masa untuk mempelajari ilmu sebanyak mungkin dan dimanfaatkan. Contohnya, seperti belajar mengait 😉

Oklah.. nanti cerita panjang-panjang, jadi boring pula :p

Di dalam seni kait 2 ini, terdapat 4 asas kaitan yang sangat mudah untuk dipelajari. Biasanya, apabila anda telah berjaya mempelajari keempat-empat asas kaitan ini, maka dengan itu anda telah berjaya untuk memulakan satu jenis projek yang mudah dengan menggunakan keempat asas ini.

  • Asas pertama dikenali sebagai Cast On (CO) (maaf ya.. dalam bahasa melayu saya memang tak tau.. bagi saya, istilah di dalam bahasa Inggeris lebih mudah untuk difahami kerana singkat dan ringkas 🙂 )
  • Asas yang kedua dikenali sebagai Knit (K)
  • Asas yang ketiga dikenali sebagai Purl (P)
  • Asas yang keempat dikenali sebagai Cast Off atau Binding Off (CO/BO)

Sebelum memulakan Cast On, anda perlulah menghasilkan satu Slip Knot. Bagaimana hendak menghasilkan Slip Knot? Gambarajah di bawah akan membantu anda untuk memahami lebih baik bagaimana hendak membuat Slip Knot.


Gambar 1: Permulaan, anda haruslah membuat satu loop. Loop adalah istilah bagi bulatan yang anda lihat di atas gambar. – ah.. yang itu kita panggil dia sebagai “Loop” –


Gambar 2: Setelah anda menghasilkan satu loop, ambil jarum kait anda, tarik benang masuk ke dalam loop tersebut menggunakan jarum tersebut seperti gambar di atas.


Gambar 3: Setelah itu, tarik kedua benang pada bahagian bawah untuk mengetatkan loop tadi sehingga ianya menjadi seperti gambar di atas. Maka, apabila anda telah berjaya membuat bahagian ini, anda telah menghasilkan satu stitch! tada!

Bagaimana? Senangkan?

Di harap, tutorial ini dapat membantu anda semua dalam memulakan langkah pertama mengait kait 2 🙂

Semoga berjumpa lagi!

36 Replies to “Basic: Slip Knot”

  1. em salam…akak ada tak nota ke,,,buku ke untuk belajar asas mengait ni,,sy budak baru nk belajar ni,,,bllh tak cadang pada sy buku yang boleh mudah saya faham dan bermula dari asas

    1. Salam Ayu..

      Terima kasih kerana sudi melawat blog ni
      Tentang nota/buku.. saya dah pun membalas email Ayu. Nanti cek ya! Dan..di blog ini.. saya dah masukkan 4 asas belajar knitting beserta gambar.. kalau Ayu nak print untuk nota belajar, dipersilakan ..
      🙂

  2. salam. akak, saya berminat nak belajar asas mengait ni..tapi saya rs konfius lak apa beza knitting dan juga crochet ek??erm lg mana sy nk rujuk ntuk blajar ini semua .tq

      1. tqvm 4 ur info..erm cmne nk dptkan notes2 basic crochet…nway klu xbiasa crochet means xleh blja kniting ke cmne ye?

        1. Salam Fiefi.. 🙂

          Kalau nak notes.. boleh download notes yang saya post kat tutorial crochet category.. nanti password saya akan emailkan pada Fiefi.. ya!

          Tentang crochet dan knitting, nop.. ianya bergantung pada Fiefi.. sama ada Fiefi lebih berminat pada crochet ataupun knitting ataupun kedua-duanya sekali..

          saya juga dulu belajar knitting dahulu.. dan kemudian perlahan-lahan belajar crochet.. (mak saya mahir crochet tapi saya tak pernah berminat untuk belajar mengait sehingga akhir tahun 2009.. walaupun macam tu, saya belajar knitting dahulu)

          kedua-dua seni kait ni memang seronok! masing-masing ada kelebihannya.. Fiefi boleh mula dengan mana-mana jenis yang Fiefi rasakan mudah dan senang untuk difahami dulu.. kemudian boleh cuba lagi yang satu dengan perlahan-lahan 🙂

  3. salam. akak, saya juga minat nak belajar asas mengait ni..tapi saya rasa konfius apa bezanya knitting dan crochet ? kalau blh nk sy nota utk buat rujuk .tq

  4. hi…

    saya adalah baru dan tiada pengetahuan langsung dalam mengait tetapi sangat berminat utk belajar…ada buku atau tips untuk beginner macam saya? cadangan beli buku online ka?

    thank you

    1. Hi rhina..

      Untuk memahami seni mengait.. Rhina boleh rujuk di post ini: http://www.aheys.com/tip-belajar-mengait-antara-knitting-dan-crochet/ harap ianya membantu!

      Untuk beli buku secara online.. Rhina boleh lihat MPH online bookstore. Mereka juga menyediakan servis jualan buku secara online. Ataupun di kinokuniya online. Kalau international, boleh lihat di Amazon.Com.

      Buku knitting yang saya cadangkan ialah Teach Yourself Visually Knitting dan untuk crochet, saudari boleh cuba Teach Yourself Visually Crocheting.

  5. salam akak…sy sngt2 berminat dgn mengait nie..tp sy x d asas pun dlm bidng nie..bnyk juga tutorial yg akak publish n share kat blog nie…semuanya sngt bermanfaat…sy nak minta izin akak boleh ke jika sy nak print atau download tutorial yg d di blog akak nie….=)…

    1. Waalaikumsalam Saliha..

      Tahniah sebab saudari minat untuk belajar knitting, seni yang sangat menarik! 🙂
      Saya cadangkan kalau saudari menggunakan benang jenis nona/minlon, saiz yang sesuai ialah 3mm ataupun 3.5mm.

      Jemput like kami di facebook.com/daknit untuk sebarang update dan tutorial! sila datang lagi 🙂

  6. Salam akak.. Saya seorang pelajar ttpi sya sgt berminat dgn kait ssuatu nie.. Saya nak sangat belajar buat baju panas utk saya sendiri.. hehehhe ada tak toturialnya? Saya budak baru belajar mengait 🙂

    1. Hi Shamie Amira..

      Tutorial boleh cuba lihat di category tutorial knitting untuk kait jarum dua ataupun Tutorial Crochet untuk kait jarum satu 🙂

      Saya ada postkan tutorial secara bergambar dan video untuk mengait. Kalau nak cari tutorial dengan lebih banyak.. cuba lihat di youtube.com.

  7. salam sejahtera s

    saya budak baru belajar ..saya teringin nak belajar mengait ada nota ringkas tak tau. gambar…bole saya belajar?

    1. Waalaikumsalam Madihah,

      Mengait jarum dua ka jarum satu? Insya Allah kedua2nya mudah jika teknik belajar digunakan dengan betul.
      Buku yang Madihah sedang gunakan untuk belajar tu ya?

  8. Assalamualaikum sis, nk tanya, sis ada jual ke buku asa mnjahit dalam Malay, susah nk cari la…mohon kiranya sis leh emailkn atau cadangkn mana2 buku. Terima kasih, salam ramadhan:)

  9. assalamualaikum..
    kak saya minat sgt nak belajar mengait…tapi saya xde satu ilmu pon pasal mengait….zero…mohon share untuk mulakan mengait ni kak…terima kasih.,..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *