Hook: Tulip andd… Giveaway Contest Closed! :)

Credits: Saplanet

Assalamualaikum semua, how is everyone 🙂 Wishing you a happy weekend. Yay! Today is Friday and I just loveeee Friday 🙂

Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis hari ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengait dengan jarum brand Tulip, yang sememangnya adalah di antara hook yang famous digunakan di kalangan crafter kat sini.

Sewaktu pertama kali belajar mengait jarum satu, saya menggunakan Tulip 3/0-4/0 dan saya memang selesa gunakan brand Tulip berbanding jenama yang lain.

Oh ya dulu, semasa saya awal-awal belajar knitting hujung tahun 2009, my mom saya selalu wish yang dia ada jarum hook yang saiz besar.. dan akhirnya alhamdulillah, dapat juga hook size besar dan saya belikan my mom saiz yang 5/0-6/0 dan 7/0-8/0. Pada masa itu, saya tidak begitu fokus untuk belajar jarum satu.

Tetapi setelah mula belajar crochet, saya cuba berjinak mengait dengan jarum Tulip saiz yang besar milik my mom. Wah.. memang selesa sangat dan saya terus jatuh cinta dengan hook ini.

Pada masa yang sama saya juga berhasrat untuk memiliki Clover Hook Set, dan kemudian tidak lama selepas itu, saya akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan Tulip 5/0-6/0 untuk diri sendiri seperti di gambar atas 🙂

Wahh.. memang seronok sangat guna Tulip aluminium hook ni.. dan selepas itu, saya turut menambah koleksi dengan mendapatkan pula saiz 7/0-8/0. Alhamdulillah.. sepanjang mengait menggunakan Tulip, saya memang rasa selesa sangat. Walaupun Tulip ini tidak mempunyai Comfort Handle seperti Clover, tetapi sebab saiz yang besar dan bahagian yang leper di tengah-tengah jarum tu, ianya memberikan keselesaan yang baik ketika mengait. Sifat aluminiumnya juga langsung tidak memberikan kesan “NGILU” ketika mengait, which, yang paling saya suka sangat! selain itu, jarum ni ringan, dan walaupun mengait berjam-jam, tengan tidak rasa sakit.Yang paling best, jarum ni tidak membuat benang rosak dan tercarik sebab tip hooknya tidak tajam.

Kebanyakkan projek saya, saya menggunakan Tulip hook. Walaupun Clover Hook best, tapi tetap juga suka pada Tulip 😛

Saiz yang ada untuk tulip aluminium ni hanya ada saiz 2/0 (2mm), 3/0 (2.2mm), 4/0 (2.5mm), 5/0 (3mm),
6/0 (3.5mm)m 7/0 (4mm), 8/0 (5mm) – double ended hook

Credits: Yoko Lab

Sekarang ni saya cuba menyiapkan projek baru.. insyaAllah kalau dah siap nanti, saya akan upload di sini.

Kalau ada yang berminat untuk jarum ni, boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com untuk satu set Tulip Hook bersaiz 1.75mm – 5.00mm (double ended 8 sizes/4 batang + 2 thready yarns needles in one set)

Happy knitting & crocheting everyone!

May Allah swt bless us all!

p/s: To Ying Yi and Syahidah.. thank you so much for joining Da’Knit giveaway! Winner will be announced as soon as possible 🙂

All the best!