Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat pada Allah swt untuk hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Mahani J (orangnya sangat cantik π ) di atas kesudian beliau untuk menghadiri kelas bersama Da’Knit pada hari ini untuk kali kedua π
Kelas mengait bersama Pn.Mahani sangat menyeronokkan π kali pertama berbual dengan beliau, sudah terasa seperti kawan lama pula! Allah’im.. seronok betul! Sepanjang sesi belajar bersama, kami belajar bermula dari asas dan tak sangka terasa masa berjalan begitu cepat sekali π
Percaya tak? Dalam masa seminggu sahaja selepas kelas pertama, Pn. Mahani telah berjaya mengait baju dress yang cutee sangat ni seperti di dalam gambar di atas! Inilah hasil beliau yang pertama setelah memahirkan diri dengan asas crochet.! Wahh sangat mengujakan kan? ketika saya melihat baju ini.. Allah Allah.. saya sangat terkejut dengan hasil yang cantik sekali dengan menggunakan benang magic baby!.. Tahniah di atas hasil pertama Ani π kaitan yang sangat kemas sekali. Jarang sungguh ada orang yang dapat mengait dengan begitu cepat. Tangan beliau sangat istimewa π ! Bak doa orang Turkey, Ellerine Saglik ( suami saya translate – May your hand be healthy ) π
Betul kata seorang guru saya masa dulu.. Guru hanyalah pemberiΒ tunjuk ajar dengan hanya menyumbangkan 20% usaha. Manakala 80% adalah usaha pelajar untuk cemerlang dalam setiap apa juga bidang yang diceburi. Alhamdulillah. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya!
Kepada Pn. Ani.. jemputlah datang selaluΒ ya! π sambil2 mengait boleh borak lagi sama-sama. Hihi… Terima kasih sekali lagi.. ada umur jumpa lagi.
Hugsss! and kissesss!!