Kelas ONLiNE bersama Da'Knit

photo_2015-05-01_22-02-32

11164727_906984295991749_5145115842402106350_n

Mahu belajar kait baju?
Dapatkan Tutorial Kit hanya dengan harga RM60.00 termasuk pos laju + 3 jam kelas OnLiNe percuma (1 hari 1 jam bermula jam 8 malam hingga 9 malam melalui Telegram).

Hubungi kami untuk maklumat lanjut ya!

Email: sales@daknit.com
Whatsapp ONLY: 01114157310

Tutorial: Da'Knit Knit and Purl :)

Bismillahirrahmanirrahim…

May Allah bless us all.

Hope you can understand 🙂

Start with a sleeve…

Assalamualaikum semua..

Salam Jumaat buat teman Da’Knit 🙂 Terima kasih kerana terus berkunjung ke Da’Knit.. Gembira bila blog ini memberikan manfaat untuk kita semua, insyaAllah.

Kali ini.. projek terbaru saya ialah baby sweater. Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya mengait baju baby. Baju ini adalah tempahan dari teman sepejabat. Alhamdulillah, sungguh gembira bila ada orang yang yakin dengan kemampuan kita untuk mengait. Lebih-lebih lagi, ini membantu mempertingkatkan lagi skill kita. Bak kata orang, jangan takut untuk mencuba! 🙂

Langkah pertama, dimulakan dengan mengait sleeve. Pattern ini saya perolehi dari Ravelry.Com. Namanya Lazy Ribbed Baby Sweater (pattern ni dipilih sendiri oleh penempah dan request benang warna merah) Pada mulanya saya rasa was was  sebab tidak pernah buat baju baby.. tapi insyaAllah, ini adalah cabaran yang baik 🙂

Kenapa dipanggil Lazy? Sebab kata tuan punya pattern, terlalu sedikit purling di pattern ini, dan dia kurang enjoy dengan purling ni hehe.. pelik ey xD Tapi disebabkan pattern ini easy katanya, so saya pun memberanikan diri untuk berkata ya pada kawan yang tempah.

Bahagian sleeve ini dibuat dengan menggunakan Jarum Double Pointed/Double Pointed Needles bersaiz 4mm, dan benang Gonca dari Yarnsonlineshop.Com. Benang ni adalah 100% acrylic, lembut, tidak gatal dan sedap dipegang..gebu sahaja rasanya..

Saya harap, dalam masa seminggu ataupun sepanjang hujung minggu ini, boleh disiapkan. InsyaAllah bila dah siap nanti, saya akan share disini 🙂 Stay tune ok!

Kepada teman-teman yang telah membuat order benang dan jarum kait, alhamdulillah, hampir semua telahpun dipos dengan selamatnya dan email telahpun dihantar dan akan dihantar dalam sedikit masa lagi. Harap cek ya kepada yang belum cek dan masih ternanti-nanti jawapan dari saya 🙂

Teman semua boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih atas sokongan teman-teman semua. Saya sungguh gembira dapat berkenalan dengan ramai crafter yang minat mengait. Semoga kita sama-sama berjaya menguasai ilmu mengait ini. Amin.

Have a good weekend, dan semoga Allah sentiasa memberikan rahmatNya ke atas kita semua.