Jarum Knitting-ku..

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. akhirnya parcel dari UK telahpun sampai dengan selamatnya hari ini.. lebih kurang 10 hari 🙂 Laju juga kan? Dalam parcel ni.. ada:

Yay! My Circular Needles from KnitPro.. alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa untuk mencuba jarum knitpro nova metal ini.. yang mana mereka kata setanding dengan ADDi Needles. Tapi memang betul kata knitters yang buat review jarum ni.. tips dia sedikit tajam berbanding ADDi.. means sesuai kalau mahu buat lace pattern.

Saya suka sangat dengan circular biasa berbanding interchangeable sebab saya kurang gemar untuk buka dan pasang.. ikut keselesaan masing masing..

Saiz yang saya beli kali ini adalah khas untuk buat 2 socks at a time!

Saiz yang dipilih ialah 2.25 x 120cm, 2.75mm x 120cm dan 4.00mm x 100cm.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan jarum KnitPro, boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com with small fees applied.

Thanks for hopping by!