Jarum Kait Dua- SOLD OUT :)

Ada sesiapa yang berminat?

Ini adalah jarum kait dua saya yang jarang sangat saya gunakan, paling kurang pernah pakai 3-4 kali sahaja…. rasa sayang kalau asyik simpan..

Sesiapa yang berminat, email saya di sindarery@gmail.com

Kesemua ni saya nak jual.. satu set.

RM35.00 termasuk pos (ada FREE GIFT 🙂 ) SOLD OUT

Pos akan dihantar pada hari Jumaat.

Size jarum:

5.00mm

3.75mm

3.00mm

2.50mm

Panjang kesemua jarum ialah 35 cm. Material: Metal

Terima kasih!

 

Double Pointed Needles/ Jarum Kait Double Pointed

Disini, memang agak sukar untuk mendapat jarum kait dua, apatah lagi jarum circular dan juga jarum double pointed needles. Semasa hendak membuat topi, saya telah membeli beberapa set jarum double pointed needles pada awal tahun.

Ini adalah antara beberapa set yang telah dibeli dari USA, alhamdulillah syukur pada Allah swt Jarum-jarum yang saya beli ini sampai lebih kurang 2 minggu.. biar pun mengambil sedikit masa, tetapi servisnya memang baik dan puas hati. Ada antaranya jenis bamboo dan yang ini pula adalah dari metal, dalam satu set ada 5 batang jarum bersaiz 8 inci. Ada yang 6 inci dan ada juga 12 inci, tetapi standard panjang yang saya pesan adalah 8 inci. Sangat sesuai bagi yang inginkan kelajuan sewaktu mengait tanpa tersekat-sekat kerana sifat metalnya. Tulah… mudah-mudahan akan ada lah kedai yang sudi jual DPNs secara offline  :(Kegunaan jarum double pointed needles ini adalah antaranya untuk membuat kaitan yang memerlukan -knitting in the round- seperti topi, stoking, beg, purse, pouches, cozy, doilies, i-cord dan macam-macam lagi 🙂

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT PRE-ORDER BAGI JARUM DPNs ini.. TERUS EMAIL SAYA DI SINDARERY@GMAIL.COM UNTUK PERTANYAAN LANJUT.