KnitPicks.Com Pattern for only $1.99 :)

Saya pernah membeli pattern dari Knitpicks.Com, dan pattern yang ada disini semuanya cantik-cantik dan harganya pun berpatutan. Anda boleh membeli pattern samada untuk knitting ataupun crochet.  Knitpicks.Com tidak menjual barangnya secara international tetapi patterns yang dijual adalah dalam bentuk PDF dan boleh di download. Masalahnya adalah shipping address sahaja. Oleh itu, saya telah bertanya pada customer service-nya berkenaan dengan shipping address untuk membeli pattern sebab yang disediakan hanyalah untuk US. Disini saya ingin berkongsi kepada sesiapa yang berminat hendak membeli patternnya, boleh gunakan alamat berikut yang disediakan oleh Knitpicks.Com 🙂

1400 N Hayden Island Dr, Portland, OR 97217, 503-247-0331

Pembayaran adalah menggunakan kredit/debit card. Tidak ada paypal jadi kalau nak beli dan untuk safety, better use debit card :). Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pattern yang saya beli. $1.99 adalah lebih kurang RM6.80.

Selamat bershopping!

Assalamualaikum,