Benang Dudu!

Bismillah..

wah.. seronok betul tengok benang ni, benang ni namanya DUDU..cute kan nama dia hehe.. benang dia pun cute dannnn .. BESAR PUNYA!! Boleh siap jadi bantal kecil. Baru-baru ini, my colleague teringin buat blanket, jadi dia minta bantuan saya untuk memilihkan benang yang sesuai bersama dengan jarum ADDi circular. Jadi, Jumaat lalu, benang pun sampai dan tadi dia datang bertandang dan kami sama-sama membuat kelas mengait untuk dia 🙂

Inilah dia..

Nah.. besarkan ? wah haha… memang geram sangat pegang tadi.. benang ni cukup buat satu sweater untuk saiz S dan L dewasa 🙂

Benang ni lembut, sedikit kesat mungkin disebabkan kehadiran fiber wool 30%. Benang ni magic colour.. kalau kait, dia akan jadi stripping. 🙂 Benang ni kalau nak kata gebu.. mungkin dalam 30% gebu.. tetapi memang seronok dan sedap pegang benang ni xD

Sesiapa yang nak cuba.. boleh check out di http://yarnsonlineshop.com/sku:fnt2-18081

Harap-harap menjadi blanket my colleague xD

InsyaAllah

Thanks for hopping by!

May Allah swt bless us all.