Benang Kait

1618522_694535183903329_1534576941_n

Saya kerap menerima email yang bertanyakan tentang jenis-jenis benang kait yang ada dan saya rasa sangat senang membantu mereka mendapatkan jawapan untuk soalan mereka.

Satu perkara yang sering saya tekankan ialah “Jangan Takut Untuk Mencuba”. Mencuba pelbagai jenis benang kait yang ada di pasaran merupakan salah satu cara yang paling baik untuk anda tentukan kelebihan dan kekurangan terhadap benang kait tersebut dan kesesuaiannya terhadap projek anda.

Saya sendiri amat suka mencuba pelbagai jenis benang dari yang paling mahal sehinggalah yang paling murah bagi melihat kualiti dan kelebihannya. Sememangnya setiap benang yang sudah saya cuba dan kait ini mempunyai pro dan cons masing-masing. Disini, anda perlu bijak menentukan bajet anda supaya pembaziran tidak berlaku.

Apa yang sering kali saya perhatikan ialah “”andaian”” menjadikan kita takut untuk mencuba sesuatu jenis benang kait sama ada mahal ataupun murah walaupun tidak pernah kita cuba. Bagi saya, saya tidak akan menerima “‘andaian”” selagi tidak mencubanya, bukan setakat touch and feel sahaja tetapi saya pasti akan hasilkan sebuah projek kecil ataupun besar bagi melihat hasilnya sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk projek yang ingin saya kait.

Tahukah anda, setiap benang kait yang dihasilkan walaupun diperbuat daripada jenis fiber yang sama, sama ada ianya adalah wool, acrylic, cotton, bamboo, linen dan pelbagai lagi, hasil tekstur adalah sangat berbeza dari satu jenis ke satu jenis yang lain seperti dari jenis yang paling keras sehinggalah jenis yang paling lembut.

Setiap ketebalan dan cara pintalan benang kait tersebut juga sangat mempengaruhi hasil kait kita. Cara mengait dan teknik stitch yang digunapakai juga amat memberi kesan terhadap hasil kait dan projek. Projek yang melibatkan cable stitch dan ribbing menjadikan projek kita lebih tebal manakala projek yang dihasilkan secara lace dan loose memberikan efek lembut terhadap projek kita walau apa pun jenis benang kait yang digunakan. Selain itu, peranan ‘blocking’ amat memberikan kesan yang mendalam terhadap hasil akhir projek dimana ianya akan menjadikan projek anda ebih lumayan dan eksklusif.

Walau bagaimanapun, pilihan yang terbaik adalah bermula di tangan kita. Sama ada mahal ataupun murah sesuatu benang kait tersebut, anda perlu bijak membuat pilihan bagi mendapatkan kepuasan anda dalam menghasilkan projek kait anda. Tidak semua projek sesuai digunakan dengan benang kait yang sama disebabkan perbezaan ketebalan, berat dan pintalan mempengaruhi projek kita. Bukan kerana ia mahal ataupun murah.

Di harap artikel pendek di pagi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat pilihan dalam pemilihan benang kait yang untuk sesuatu projek anda.

23.April.2014
Ery EROGLU
www.daknit.com

SALE SALE SALE EXTENDED WITH BIGGER DISCOUNT!

 

saleSalam and morning friends!

Why 3 big smile??
We have a BiG SuRPriiSE for all our friends and beloved customers. On 1 March 2014, it will be our THIRD YEAR for our Retail Shop in Wisma Muis, Kota Kinabalu (we have been selling online since 2010). How time flies fast! We are still here because of your support! Alhamdulillah.

Therefore, we are very happy to EXTEND our SALE with BIGGER DISCOUNT starting from 10% onwards!! and YES again THREE MONTHS SALE!!
ENJOY SHOPPING!
Note: We hereby announce that the FLAT RATE POS LAJU is now over. Thank you for everyone support
****DISCOUNT IS ALSO ELIGIBLE FOR WALK-iN STORE!****
**
Da’Knit ENT
www.daknit.com
Knitting, Crochet and Yarn Store

Berry Kufi Contest@Raya/Ramadhan. Join us!

969739_584646051558910_1300722389_n

Assalamualaikum dan selamat petang peminat mengait semua Maaf di atas kelewatan memuat naik Peraturan Contest Berry Kopiah yang dianjurkan oleh Da’Knit. Tujuan pertandingan kali ini adalah untuk memperkenalkan pattern terbaru dari Da’Knit, iaitu Berry Kufi/Kopiah Berry yang perlu dibeli untuk  mengikuti pertandingan ini. Berikut adalah syarat pertandingan.

Harga Pattern: RM10.00/PDF
Untuk pertandingan, harga: RM3.00/PDF sahaja. Pattern dalam bentuk format PDF Adobe Pattern adalah copyrighted.

Pattern tidak boleh dijual-beli, dikongsi ataupun diterbitkan semula dalam apa jua bentuk format yang ada. Hasil kait menggunakan pattern ini boleh dijual semula.

P7120513aBaik,
Syarat-syarat pertandingan.
1. Terbuka kepada semua warga peminat mengait crochet/knitting.
2. Penyertaan hanya terhad kepada 1 orang 1 pattern sahaja. Da’Knit akan mengambil nama peserta dan nombor resit pembelian sebagai bukti penyertaan.
3. Saiz pattern adalah berdasarkan saiz benang Cotton Jeans YarnArt. Menggunakan benang selain Cotton Jeans YarnART berkemungkinan akan menghasilkan saiz yang sedikit berbeza dari saiz asal.
4. Setiap kopiah yang dikait perlu di ambil gambar bersama pemakainya dan digayakan dengan tema – RAMADHAN/AIDILFITRI – mengikut kreativiti anda.
5. Tarikh pertandingan akan bermula pada 25 Julai 2013 dan berakhir pada 25 OGOS 2013.
6. Gambar WAJIB di-email ke email kami di sindarery@gmail.com beserta nama dan trademark anda.
7. Pattern akan diemail selepas pembayaran diterima dan pembelian boleh dilakukan pada 24hb Julai 2013.

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi:

Hadiah Utama:
6 x Cotton Jeans YarnART + HOOKS bernilai RM154.00
(Seperti di dalam gambar)

Hadiah Saguhati:
Voucher sebanyak RM10.00 (digunakan untuk sebarang pembelian di www.daknit.com) untuk 5 PESERTA BERTUAH.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami menerusi peti simpanan (inbox).

**
Join our Kopiah Berry/Berry Kufi contest and win yummylicious price!
If you intend to use Cotton Jeans YarnART for this pattern, inbox us to get Cotton Jeans’s special price only for the contest! ?
**

Sekian,
Ery@www.daknit.com
21 Julai 2013