Dua buku ini adalah buku pertama saya beli sewaktu ingin belajar mengait 🙂 Saya rasa kedua buku ini sangat mudah untuk difahami dan sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin belajar mengait dari bentuk yang paling asas sekali.
Buku Knit and Stitch dari Wendy Freeman adalah sangat baik bagi yang ingin belajar jarum kait dua dari sifar. Kaitan yang diajar kebanyakkan adalah 5 asas dalam mengait jarum kait dua seperti slip knot, cast on, knit, purl, bind off/cast off.. dan kebanyakkan pattern yang diajar adalah pattern jenis garter stitch and stockinette stitch. Sangat sesuai sekali bagi yang tidak pernah tahu mengait kait dua 🙂 Di buku ini juga di ajar membuat pom pom, embroidery, dan macam-macam lagi!
Bagi buku Find your style and knit it too dari Sharon Turner.. buku ini memang sangat baik bagi sesiapa yang sudah mempunyai asas kerana pelbagai projek menarik yang anda boleh dapatkan dari buku ini seperti mengait beg, socks, shrugs, hat.. dan macam-macam lagi! 😀 Buku ini juga mengajar mengait asas dan lebih mendalam dari yang ada dalam buku Knit and Stitch.
Untuk melihat review, boleh terus ke Amazon.Com 😀
Salam berbuka semua 🙂
-Da’Knit@Aheys.Com-