Soon to finish..updated

Dalam masa satu bulan ni, memang agak sibuk. Banyak betul aktiviti pada bulan ni sampai projek kait pun tak siap lagi. Huhu..

Tapi alhamdulillah,

Dalam masa dua hari ni, saya cuba juga untuk menyiapkan topi tempahan rakan sekerja 😀

Cable Hat for Baby (tapi nampak besar pula hehe.. ) dah hampir siap dan saya mengubah sedikit patternya sebab teman sekerja inginkan lipatan yang lebih panjang. Maka saya telah memanjangkan sedikit bahagian K2P2 (rib) supaya topi ni boleh lipat 🙂

Kalau teman knitters ingin mencuba pattern ini, boleh perolehi pattern ni di site ni —> Paulina’s Blog

Tips: Jika teman knitters tidak mempunyai cable needles untuk membuat pattern cable, buat permulaan, boleh gunakan lidi sate (dipotong pendek lebih kurang panjangnya 12cm dan runcingkan kedua hujung lidi. Guna sand paper untuk melicinkan lidi sate tadi :D)

**Oh ya, jika ada teman knitters yang ingin mendapatkan cable needles, boleh hubungi saya untuk buat order ya 😀

Cable needles mempunyai pelbagai bentuk, ada yang seperti hook, ada yang lurus dan ada yang bengkok sedikit di tengah-tengah jarum. Biasanya cable needles terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk, dan bentuk tidak menjadi masalah sebenarnya. Gunakan cable needles mengikut keselesaan kawan semua ok? Kalau anda rasa risau atau takut stitches jatuh dari jarum, gunakan cable needle jenis hook supaya benang tidak mudah jatuh dari jarum. 😀

Topi dah siap, insyaAllah akan saya uploadkan gambarnya bila dah jumpa gambar tu. klik sini utk lihat : Hat siap!

Diharap info ini berguna untuk teman knitters semua 😀

Assalamualaikum,

-Sindar-

Yey! My Addi is here :)

Syukur alhamdulillah.. akhirnya jarum yang saya pesan dah sampai dengan selamatnya. Laju juga pos dari Hong Kong. Thank you to arpat_yarns from ebay.com untuk needles ni 🙂 and hihi.. ada free gift juga 😉
Kepada kawan-kawan yang hendak membeli jarum ni, jangan ragu-ragu ya! Boleh terus ke ebay.com. InsyaAllah, akan sampai dengan selamatnya. Dulu saya telah pernah membeli jarum dari beliau juga, suggestion dari Kak Ayza, katanya jarum ni sangat licin dan laju untuk mengait, akhirnya, setelah pertama kali tempah, sampai dengan selamat juga. Alhamdulillah.. jarum dulu saya beli dua pasang sahaja, saiz 3mmx40cm dan 6mmx80cm. Yang 6mm tu, my mom pula fall in love dan kita hadiahkan padanya 🙂
Kali ini, saya telah membeli jarum saiz 3.5mm dan 4mm bersaiz 40cm untuk projek kecil-kecilan seperti topi/hats, pouches… Lagi dua jarum adalah bersaiz 4mm dan 4.5mm. Panjang dua jarum ni adalah 80cm. Sesuai untuk membuat projek yang lebih besar. Yahoo!! 😀
Tak boleh tunggu lagi, saya mesti memulakan projek yang ditempah oleh teman sekerja, sudah lama penantiannya. InsyaAllah, akan cuba disiapkan secepat yang mungkin.

Susah juga nak cari pattern yang sesuai humm, akhirnya, saya rasa, pattern kat bawah ni cute jugakan? :

Mudah-mudahan akan jadi dan tuannya suka 🙂 Kalau dah siap, saya akan cuba uploadkan sebagai rujukan bersama.

Selamat berknitting kawan-kawan! Have a nice day 🙂

-Sindar-

Kait Cable Hat..

Salam semua..

Terima kasih kerana terus sudi mengunjungi blog saya 🙂 Semoga blog ini akan memberikan manfaat kepada anda semua ya!

Beberapa hari yang lalu, saya telah memulakan projek baru iaitu mengait topi untuk diri sendiri huhu…

Setakat ini, projek ini baru siap separuh.. insyaAllah, dalam 2 hari jika tidak ada aral melintang boleh siap 🙂

Pandangan atas:  Jumlah stitches yang digunakan adalah lebih kurang 120sts,

Saiz: seluruh bahagian kepala (50-60cm)

Pada gambar ini, anda boleh lihat pattern yang digunakan adalah rib k4p2.

Apabila bahagian ini telah selesai nanti, bolehlah memulakan kaitan cable 🙂

InsyaAllah, akan saya updatekan.

Saiz jarum: 4mm, double pointed needles (4 batang panjang 20cm )

Benang: 100% wool

Salam Knitting!

-Sindar-