Kait Cable Hat..

Salam semua..

Terima kasih kerana terus sudi mengunjungi blog saya πŸ™‚ Semoga blog ini akan memberikan manfaat kepada anda semua ya!

Beberapa hari yang lalu, saya telah memulakan projek baru iaitu mengait topi untuk diri sendiri huhu…

Setakat ini, projek ini baru siap separuh.. insyaAllah, dalam 2 hari jika tidak ada aral melintang boleh siap πŸ™‚

Pandangan atas:Β  Jumlah stitches yang digunakan adalah lebih kurang 120sts,

Saiz: seluruh bahagian kepala (50-60cm)

Pada gambar ini, anda boleh lihat pattern yang digunakan adalah rib k4p2.

Apabila bahagian ini telah selesai nanti, bolehlah memulakan kaitan cable πŸ™‚

InsyaAllah, akan saya updatekan.

Saiz jarum: 4mm, double pointed needles (4 batang panjang 20cm )

Benang: 100% wool

Salam Knitting!

-Sindar-

Cable knitting

Assalamualaikum semua,

Syukur alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan untuk menaip entry baru πŸ™‚

Keadaan agak sibuk namun syukur pada Allah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Jum kita talk about knitting pula πŸ™‚

Jika anda sangat suka pada knitting, anda pasti ingin mempelajari semua jenis bentuk corak yang boleh dikait untuk menghasilkan pelbagai projek yang menarik kan?

Salah satu pattern yang agak complicated tetapi sebenarnya jika anda tahu mengait kaitan Purl, Knit, meletakkan stitches pada pemegang stitch dan membilang baris, anda mampu menghasilkan cable pattern yang sangat simple dan mudah seperti gambar di bawah πŸ™‚

Corak cable ini tidak terhad kepada satu jenis sahaja, malah anda boleh mengait pelbagai jenis pattern cable untuk semua jenis projek anda, samada sweater, vest, scarfs, hats, pouches, bag.. dan banyak lagi! πŸ™‚

Cantik kan? anda pun boleh buat πŸ˜‰ yang penting tu, kemahuan dan kesungguhan untuk kait dan terus kait!

Jadi, bagaimana hendak mulakan kaitan cable ni?

Pertama sekali, material yang perlu ialah jarum kait 2/knitting needles (jenis straight, double pointed ataupun circular..semua boleh!).

Selepas itu, tentunya benang, benang dan benang kait!

Kemudian, anda perlukan jarum cable/cable needles seperti gambar di bawah:

Cable needles

(Cable needles mempunyai pelbagai jenis bentuk. Gunakan cable needles yang selesa untuk anda)

Dan akhir sekali row counter seperti gambar di bawah:

Tujuan row counter ini adalah untuk mengira bilangan baris setiap kaitan yang anda kait supaya anda boleh ingat bilangan baris. Penting untuk memastikan anda tidak lupa nombor baris bagi membuat cable pattern.

**Pastikan anda telah mengetahui cara kaitan Purl dan Knit sebelum mencuba Cable pattern ni ok?

Simple Back Cross Cable

1) Baris 1 (RS-right side) : Purl 5 kali (P5), Knit 6 kali (K6), Purl 5 kali (P5)

2) Baris 2 (WS-wrong side) : K5, P6, K5

3) Baris 3 ( baris cable) : P5, pindahkan 3 stitches (3 sts ) ke jarum cable/cable needlesΒ  (cn) dan letakkan jarum cable dibahagian belakang, Knit 3 sts pada jarum kait sebelah kiri, kemudian Knit 3 sts pada jarum cable (cn), P5

4) Baris 4: Ulang Baris 2

5) Ulang baris 1-4 .

(InsyaAllah, saya akan cuba muatkan video supaya lebih mudah difahami )

Simple Front Cross Cable

**Cara ini 100% sama seperti Simple Back Cross Cable, cuma, apabila anda pindahkan stitches pada cable needles (cn), letakkan pula cable needles (cn) kali ini di bahagian depan. Senang kan?

Tips:

1. Sentiasa menggunakan jarum cable yang lebih kecil diameternya apabila anda mengait. Ini kerana apabila anda menggunakan saiz diameter cable needles yang lebih besar dari jarum kait anda, ianya boleh menyebabkan loop/stitches anda menjadi lebih besar.

Apa tunggu lagi? Jum cuba πŸ™‚

Selamat berknitting!

-Sindar-