Cable needle is here! :D

Alhamdulillah…alhamdulillah.. setelah penantian untuk 2 minggu ni.. huhuhuh… akhirnya sampai juga cable needle saya dari US.. wahh.. tak sabar nak cuba… ๐Ÿ™‚

Selama ini saya selalu menggunakan cable needle metal yang saya beli lama dulu dari UK.

Yang inilah loyal cable needle saya ๐Ÿ™‚ sebenarnya kalau nak buat cable pattern tanpa cable pun boleh.. tetapi sedikit menyusahkan bagi saya.. dan cable needle ini sangat baik .. saiz panjangnya lebih kurang 10cm, satu tu 2mm dan yang satu lagi 5mm. Tetapi betul kata satu review yang saya baca dulu… cable needle ni pun sangat memainkan peranan penting jikalau kita ingin hasilkan cable pattern yang kemas, menarik dan benar-benar ikut pattern yang dikehendaki. Oleh itu, saya bercadang untuk mencuba cable needle dari Clover.. yang telah lama saya intai-intai ๐Ÿ˜›

Alhamdulillah.. hari ini paket itu telahpun sampai..

Oh.. gembiranya…ย  ๐Ÿ™‚

Tada..inilah isinya:

Saya beli dua jenis, yang satu U-Hookย  type dan yang satu Hook type.. saya nak cuba perbezaan bagi kedua-dua jenis ini.. ada yang kata hook best, dan ada yang kata U-hook lebih best… kalau yang saya biasa pakai tadi.. jenis straight cable..

Clover U-Hook Cable..dan

Clover Hook cable needle..

InsyaAllah.. saya akan cuba guna dan lihat perbezaannya… terdapat 3 saiz bagi setiap set untuk memudahkan kita mengait cable mengikut pattern.. biasanya yang paling besar itu sesuai untuk jarum kait 5-7mm.. kalau yang medium.. biasanya untuk jarum kait 3-4mm dan yang paling small untuk 2-3mm..ย  untuk membuat cable pattern, adalah lebih baik kita gunakan saiz cable yang kecil daripada jarum kait.. supaya dapat mengelakkan kelonggaran loops sewaktu mengait cable.. dan ya, memang penting kalau kita ingin hasilkan cable pattern yang kemas dan teratur!

InsyaAllah, bila rajin nanti.. saya cuba buat tutorial yang jelas untuk buat cable pattern.. oh ya.. kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kedua set seperti di atas, boleh hubungi saya ๐Ÿ™‚

Thank you for hopping by!

Assalamualaikum..

May Allah bless us all

Koleksi..

Ini adalah koleksi knitting needlesย  saya.. dan mereka lah yang banyak berjasa pada saya… alhamdulillah kerana dengan jarum-jarum ini.. saya belajar banyak pattern untuk memahirkan diri..ย  Kebanyakkan jarum-jarum ini dibeli secara online, ada yang dibeli dari LYS dan ada yang dihadiahkan oleh teman..

Dan antara butang yang menjadi koleksi… Allah.. kalau rasa memang tidak dibuat.. memang rasa membazir sangat.. asyik fikir apa nak buat dengan button2 ni.. kalau anda ada cadangan.. boleh beri komen ya!

Sudilah kiranya anda juga berkongsi peralatan mengait anda di forum Da’Knit ya! ๐Ÿ™‚

Sejak kebelakangan ini.. otak saya banyak bekerja dan memikirkan banyak perkara… dalam hidup ini.. apa pun yang hendak kita lakukan.. nawaitu dan keikhlasan itu sangat penting.. tidak kiralah samada di dalam perkerjaan, perhubungan, perbuatan… dan lebih baik keikhlasan itu kita pendamkan dalam hati tanpa diluah.. kerana berkata ikhlas itu belum tentu ikhlas, kan?

Setiap buruk dan baik pasti ada.. yang penting kita tahu dan pandai menilai sesuatu perkara itu bukan sahaja dari zahir tetapi juga batin..ย  Jika kita hanya menilai sesuatu perkara di mata kasar.. tanpa menyelami apa yang tersirat seolah-olah kita telah tahu segalanya.. alangkah sedihnya.. manusia yang membuat kesimpulan tanpa meneliti sesuatu perkara itu adalah manusia yang lemah fikirannya.. kerana manusia yang bijak berfikir dan berkata setelah menilai sesuatu perkara itu sedalam-dalamnya adalah manusia yang hebat! Saya juga punya kelemahan dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.. secara perlahan-lahan, membuang yang buruk, mengambil yang baik.. menilai perkara dengan lebih dalam secara senyap.. memerhatikan keadaan sekeliling dan pelbagai lagi agar kita tidak pernah tersalah langkah.. insyaAllah insyaAllah..

Kerana jika nawaitu kita betul dan hati ikhlas.. buruk dan baik pasti diterima dengan hati yang terbuka.. walaupun ada kalanya sesuatu perkara ini menjadikan hati itu sedih.. tetapi apa pun, Allah itu sentiasa bersama kita!

hihi… sekadar sepatah dua kata dari Da’Knit ๐Ÿ™‚