Cable hat dan Chemo cap :)

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah, seronoknya sebab hujung minggu dah sampai 🙂 Bolehlah rehat sepuas-puasnya kan?

Bagi yang tetap bekerja, selamat bekerja untuk rakan semua 🙂

Semalam,

Syukur ke hadrat Allah, benang yang saya beli seminggu yang lalu, sudah sampai dengan selamatnya. Jadi, semalam, saya pun cuba buat eksperimen ke atas benang ni, aiyaaa.. sungguh lembut walaupun benang ni dari jenis arkilik 🙂 rasa macam nak gigit ja.. Memang berbeza betul feelnya..

Dua projek yang sedang dalam progress ini adalah tempahan teman sekerja dan juga Chemo Cap yang saya perolehi patternnya di site ni : Jeanne worsted Knit Chemo Cap Patterns Patterns ni khas untuk Knit dan juga Crochet 🙂 Cuba ok?!

Benang yang coklat adalah untuk tempahan, dan yang biru adalah hat untuk pattern Chemo for testing. (Oo Inuyasha on Animax, I like Inuyasha anime the best 🙂 )

Jarum yang digunakan adalah: Circular needles size 4mm and 3.5mm, cable needle

Benang: Jenis arkilik 100%

Minta maaf ya gambar kurang jelas sebab gambar di ambil guna handphone. Kamera belum ada lagi huhu.. nantilah beli 🙂

Semoga projek ni akan siap dalam masa terdekat ni, insyaAllah.

Salam weekend to all knitters out there 😉

Thank you for hopping by!

-Sindar-