My first design: Cabled Seed Handphone cozy :)

Alhamdulillah, hari ini telah selesai satu projek percubaan sendiri.. hihi ๐Ÿ˜€ memang seronok bila dapat selesaikan satu projek dan lebih-lebih lagi bila buat pattern ikut minda..ย  saya suka pada cable pattern dan untuk itu,ย  saya memberanikan diri mencuba cable pattern sendiri.. dan entah apa sudah jadi dengan coraknya huhu.. dan juga menggabungkan pattern cable ni dengan pattern double seed ๐Ÿ™‚ Saya menggunakan jarum circular 80cm saiz 3.50 mm dan kait guna baki benang Mittens hari tu. maka inilah hasilnya:

sebab guna camera dari handphone.. cable tidak dapat dilihat dengan jelas maaf ya.. huhu.. ini adalah hasil dari bahagian hadapan.. dekat bahagian bawah, saya menggunakan pattern garter stitch sebagai penutup ๐Ÿ™‚ dan bahagian atas guna button.

Dan ini pula adalah bahagian belakangnya.. bahagian belakang ini menggunakan pattern double seed sepenuhnya.

Kerana saya menggunakan teknik Magic Loop ketika mengait handphone cozy ini, maka bahagian bawah ditutup menggunakan jahitan. Teknik jahitan ini dipanggil sebagai Kitchener Stitch.Tetapi sebab saya rasa malas hendak menonton video cara menjahit guna teknik ni, dan sudah tak ingat lagi walaupun hari tu saya sudah buat satu.. akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk membuat kitchener stitch sendiri hahaha.. ikut gerak hati .. tapi tidak disangka apabila saya sudah selesai menjahit dan tutup.. jahitan tu langsung tidak nampak dan invisible ๐Ÿ˜ฎ . Corak hasil jahitan tadi ikut corak garter stitch. Maka inilah hasilnya:

Alhamdulillah ๐Ÿ™‚

Kitchener stitch : Knit back loop, Knit front loop, purl back loop and drop, purl front loop and drop. Continue this steps until the end of row ๐Ÿ˜€

Lepas ni.. kena siapkan beberapa projek dan semua projek untuk adik.. ah..pening sudah kepala saya..

updated: Gambar di bawah adalah Kitchener stitch untuk KNIT.. click image to enlarge!

Thank you for hopping by!

Beg dan Topi

Salam semua ๐Ÿ™‚

Apa khabar hari ini?

Seronoknya hari ni dah hari Jumaat.. bolehlah rest hujung minggu kan?

Kali ini nak kongsi beg yang dikait oleh my mom dulu-dulu (bulan-bulan lalu).

Beg ni dikait oleh my mom menggunakan jarum kait 1.

Satu beg sliding untuk adik (sebenarnya saya yang mau beg ni huhu..) dan satu lagi beg untuk simpan buku-buku kecil seperti buku akaun ke.. notes ka…ni saya punya ๐Ÿ˜€

Dua buku benang akrilik digunakan untuk menyiapkan dua beg kecil ni. Ntah dari mana my mom dapat idea nak buat beg. Walau apapun, thank you, umi! ๐Ÿ˜€ kami suka beg ni!

Beg ni pun boleh dikait menggunakan jarum kait dua biasa ataupun circular needles. Dulu, masa baru belajar guna needles circular, saya terpaksa melihat youtube.com untuk melihat bagaimana jenis jarum ni berfungsi dan dari situ, saya belajar istilah “knitting in a round”. Iaitu, apabila kita mengait, kita akan menyambungkan kaitan terusย  tanpa perlu menjahit kaitan menggunakan jarum apabila selesai.

Untuk mengait topi, adalah lebih sesuai menggunakan jarum circular bersaiz 40cm/16″ supaya topi yang kita kait itu, gauge-kaitan tidak akan lari dari saiz topi yang dikait. Semakin besar saiz jarum semakin cepat kaitan dan semakin besar saiz topi dan begitulah sebaliknya. Maka saya pun mencuba untuk mengait topi yang sangat simple dengan menggunakan jarum saiz 3mm dan benang dari brand Sakura.

Masa tu, saya masih tidak begitu pandai membaca pattern jadi saya hanya ikut gerak hati sahaja. Hehe.. akhirnya, apabila dah siap topi tu, bila pakai, semua pun tak muat pakai.. haha.. Sampai my mom pun cakap, ni topi apa ni.. macam topi yahudi jak (memang sebijik macam topi yahudi) walla…. (:p)

Tapi alhamdulillah,

lama-kelamaan, apabila telah pandai membaca pattern, sedikit sebanyak dapat membantu saya mengait topi yang elok rupanya.. (bukan lagi topi Yahudi huhu)

Untuk memahami cara mengait menggunakan circular needles, teman knitters semua bolehย  melihat video kat bawah ni ok?

Salam Jumaat semua ๐Ÿ™‚

-DaKnit-