Cable needle is here! :D

Alhamdulillah…alhamdulillah.. setelah penantian untuk 2 minggu ni.. huhuhuh… akhirnya sampai juga cable needle saya dari US.. wahh.. tak sabar nak cuba… 🙂

Selama ini saya selalu menggunakan cable needle metal yang saya beli lama dulu dari UK.

Yang inilah loyal cable needle saya 🙂 sebenarnya kalau nak buat cable pattern tanpa cable pun boleh.. tetapi sedikit menyusahkan bagi saya.. dan cable needle ini sangat baik .. saiz panjangnya lebih kurang 10cm, satu tu 2mm dan yang satu lagi 5mm. Tetapi betul kata satu review yang saya baca dulu… cable needle ni pun sangat memainkan peranan penting jikalau kita ingin hasilkan cable pattern yang kemas, menarik dan benar-benar ikut pattern yang dikehendaki. Oleh itu, saya bercadang untuk mencuba cable needle dari Clover.. yang telah lama saya intai-intai 😛

Alhamdulillah.. hari ini paket itu telahpun sampai..

Oh.. gembiranya…  🙂

Tada..inilah isinya:

Saya beli dua jenis, yang satu U-Hook  type dan yang satu Hook type.. saya nak cuba perbezaan bagi kedua-dua jenis ini.. ada yang kata hook best, dan ada yang kata U-hook lebih best… kalau yang saya biasa pakai tadi.. jenis straight cable..

Clover U-Hook Cable..dan

Clover Hook cable needle..

InsyaAllah.. saya akan cuba guna dan lihat perbezaannya… terdapat 3 saiz bagi setiap set untuk memudahkan kita mengait cable mengikut pattern.. biasanya yang paling besar itu sesuai untuk jarum kait 5-7mm.. kalau yang medium.. biasanya untuk jarum kait 3-4mm dan yang paling small untuk 2-3mm..  untuk membuat cable pattern, adalah lebih baik kita gunakan saiz cable yang kecil daripada jarum kait.. supaya dapat mengelakkan kelonggaran loops sewaktu mengait cable.. dan ya, memang penting kalau kita ingin hasilkan cable pattern yang kemas dan teratur!

InsyaAllah, bila rajin nanti.. saya cuba buat tutorial yang jelas untuk buat cable pattern.. oh ya.. kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kedua set seperti di atas, boleh hubungi saya 🙂

Thank you for hopping by!

Assalamualaikum..

May Allah bless us all