My half Little Sock!

Alhamdulillah.. syukur pada Allah swt yang hari ni saya mempunyai peluang untuk mengait semula dan mencuba setelah sekian lama saya tidak mengait knitting. Untuk percubaan hari ni, saya mengait sarung kaki comel walaupun pattern sebenarnya adalah lebih besar dari seperti gambar di bawah πŸ˜›

Tada! percubaan yang sungguh tidak memuaskan hati.. insyaAllah jikalau rajin saya akan cuba kait lagi sekali.. dan harap lebih kemas dari yang ni…

Material yang digunakan:

Jarum DPNs (double pointed needles) saiz 2.75mm

Benang Alize Superlana klasik 100gm

Stitch holder

Pattern asal: http://www.canadianliving.com/crafts/knitting/amazing_feets.php

Start with a sleeve…

Assalamualaikum semua..

Salam Jumaat buat teman Da’Knit πŸ™‚ Terima kasih kerana terus berkunjung ke Da’Knit.. Gembira bila blog ini memberikan manfaat untuk kita semua, insyaAllah.

Kali ini.. projek terbaru saya ialah baby sweater. Ini adalah merupakan pengalaman pertama saya mengait baju baby. Baju ini adalah tempahan dari teman sepejabat. Alhamdulillah, sungguh gembira bila ada orang yang yakin dengan kemampuan kita untuk mengait. Lebih-lebih lagi, ini membantu mempertingkatkan lagi skill kita. Bak kata orang, jangan takut untuk mencuba! πŸ™‚

Langkah pertama, dimulakan dengan mengait sleeve. Pattern ini saya perolehi dari Ravelry.Com. Namanya Lazy Ribbed Baby Sweater (pattern ni dipilih sendiri oleh penempah dan request benang warna merah) Pada mulanya saya rasa was wasΒ  sebab tidak pernah buat baju baby.. tapi insyaAllah, ini adalah cabaran yang baik πŸ™‚

Kenapa dipanggil Lazy? Sebab kata tuan punya pattern, terlalu sedikit purling di pattern ini, dan dia kurang enjoy dengan purling ni hehe.. pelik ey xD Tapi disebabkan pattern ini easy katanya, so saya pun memberanikan diri untuk berkata ya pada kawan yang tempah.

Bahagian sleeve ini dibuat dengan menggunakan Jarum Double Pointed/Double Pointed Needles bersaiz 4mm, dan benang Gonca dari Yarnsonlineshop.Com. Benang ni adalah 100% acrylic, lembut, tidak gatal dan sedap dipegang..gebu sahaja rasanya..

Saya harap, dalam masa seminggu ataupun sepanjang hujung minggu ini, boleh disiapkan. InsyaAllah bila dah siap nanti, saya akan share disini πŸ™‚ Stay tune ok!

Kepada teman-teman yang telah membuat order benang dan jarum kait, alhamdulillah, hampir semua telahpun dipos dengan selamatnya dan email telahpun dihantar dan akan dihantar dalam sedikit masa lagi. Harap cek ya kepada yang belum cek dan masih ternanti-nanti jawapan dari saya πŸ™‚

Teman semua boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih atas sokongan teman-teman semua. Saya sungguh gembira dapat berkenalan dengan ramai crafter yang minat mengait. Semoga kita sama-sama berjaya menguasai ilmu mengait ini. Amin.

Have a good weekend, dan semoga Allah sentiasa memberikan rahmatNya ke atas kita semua.

Double Pointed Needles/ Jarum Kait Double Pointed

Disini, memang agak sukar untuk mendapat jarum kait dua, apatah lagi jarum circular dan juga jarum double pointed needles. Semasa hendak membuat topi, saya telah membeli beberapa set jarum double pointed needles pada awal tahun.

Ini adalah antara beberapa set yang telah dibeli dari USA, alhamdulillah syukur pada Allah swt Jarum-jarum yang saya beli ini sampai lebih kurang 2 minggu.. biar pun mengambil sedikit masa, tetapi servisnya memang baik dan puas hati. Ada antaranya jenis bamboo dan yang ini pula adalah dari metal, dalam satu set ada 5 batang jarum bersaiz 8 inci. Ada yang 6 inci dan ada juga 12 inci, tetapi standard panjang yang saya pesan adalah 8 inci. Sangat sesuai bagi yang inginkan kelajuan sewaktu mengait tanpa tersekat-sekat kerana sifat metalnya. Tulah… mudah-mudahan akan ada lah kedai yang sudi jual DPNs secara offlineΒ  :(Kegunaan jarum double pointed needles ini adalah antaranya untuk membuat kaitan yang memerlukan -knitting in the round- seperti topi, stoking, beg, purse, pouches, cozy, doilies, i-cord dan macam-macam lagi πŸ™‚

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT PRE-ORDER BAGI JARUM DPNs ini.. TERUS EMAIL SAYA DI SINDARERY@GMAIL.COM UNTUK PERTANYAAN LANJUT.

Hari ini..sedikit updated

Hari ini saya mesti buat satu projek Hat! Lepas siap kerja sikit πŸ™‚ InsyaAllah.. good luck for me!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi mengait topi:

1. Magic Yarn Kardoku Brown Shades (Yarn ini boleh didapati di YarnsOnlineShop.Com kami πŸ™‚ )

2. Double pointed needles 4.00mm

3. Circular needles 4.00mm x 40cm

4. Stitch Marker

From upper view.. I am using 4 markers to make sure I wont lose stitches when making decreasing.

This is the front view πŸ™‚ InsyaAllah..Β  I will finish it as soon as possible. Can’t wait to see the outcome.

Tutorial: Cara menggunakan jarum kait dua double pointed

How to cast on with double pointed needles (See video tutorial)

Double pointed needles from Garnstudio Drops design on Vimeo.

Double pointed needles/jarum kait dua double pointed biasanya terdiri daripada 4 atau 5 batang jarum di mana depan dan belakang mempunyai mata jarum. Jarum ni digunakan untuk mengait mana-mana pattern yang dikait berterusan ataupun istilah dipanggil sebagai “knitting in the round”. Sesuai digunakan untuk mengait topi ataupun stoking/sarung kaki dan juga beg-beg kecil seperti pouch, purse. Selain itu, jarum ini juga digunakan untuk mengait doilies/alas meja.

Semoga panduan ini berguna untuk anda semua.