Da'Knit Giveaway! From 26 Oct – 11 Nov 2010 — ENDED

Salam semua!

Terima kasih kepada semua contestant yang telah mengikuti giveaway ini 🙂

InsyaAllah, kepada semua contestant, keputusan akan diumumkan setelah penilaian dibuat. Apa yang menarik kesemua sebab dan slogan waaahh sungguh best best! membuatkan Da’Knit bersemangat untuk terus berknitting! Alhamdulillah.. terima kasih teman knitters semua! Nantikan keputusannya dalam masa 2 hari ini.. ya! —

Perubahan tarikh:

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 13 NOVEMBER 2010 dan Hadiah pemenang akan dihantar pada 15 November 2010 ke alamat pemenang nanti 🙂 stay tune!

Assalamualaikum semua 🙂

Terima kasih kerana terus sudi mengunjungi Da’Knit@Aheys.Com. Hari itu, Da’Knit telah memohon maaf di atas pembatalan contest yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, hari ini, bagi menebus pembatalan itu, Da’Knit akan menganjurkan Giveaway kepada semua peminat mengait. Giveaway ini akan bermula pada 26.Oktober.2010 dan berakhir pada 11. November.2010

Hadiah yang menanti anda adalah:

Eyelash Yarn from Yarnsonlineshop.Com

Red and White Colour, 8 ketul benang satu paket

65% Acrylic, 35% Nylon

**Hadiah ini ditukar kerana Da’Knit ingin memberikan kelainan kepada peminat mengait untuk mencuba benang berbulu eyelash ni. Wah.. hanya tinggal 13 hari lagi sebelum giveaway ini ditutup.. mari dapatkan benang istimewa ini! 😉

Syarat-syarat pernyertaan:

1.  Terbuka kepada semua peminat mengait sama ada mempunyai blog ataupun tidak! 🙂

2. Berikan 5 sebab kenapa anda ingin memenangi benang ini.

3. Lengkapkan slogan berikut:

Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan mengait…. (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

4. Sila tinggalkan 5 sebab dan slogan ini di bahagian COMMENT ENTRI ini, beserta nama anda, blog anda (jika mempunyai blog) dan kemahiran anda sama ada crochet ataupun knitting.

5. Hanya SEORANG PEMENANG SAHAJA yang akan terpilih.

6. Be Da’Knit FOLLOWERS melalui I Like Knitting yang terletak pada sidebar blog ini.

Hadiah berhak ditukar oleh Da’Knit sekiranya kehabisan stok. Pemenang akan diumumkan pada 12 November 2010 dan hadiah akan dihantarkan kepada alamat pemenang pada hari berikutnya. Sila berikan masa selama 7-14 hari untuk hadiah sampai ke tangan anda 🙂

Jum join giveaway ni!

Good luck! 🙂