A blessed day! Thank you Allah :)

Alhamdulillah… today, the cargo we’ve been waiting from Turkey for just arrived safely. Terima kasih sungguh kepada keluarga suami saya kerana sudi menghantarkan barang-barang tersebut ke Malaysia. Syukur pada Allah kerana cargo tersebut sampai dengan selamatnya..

Apa yang sangat mengejutkan saya adalah hadiah yang diselitkan oleh keluarga suami saya untuk saya 🙂 wah.. memang tak sangka sangat. Apabila tiba di kedai petang tadi, segala penat di sekolah hilang dengan sekelip mata sahaja apabila melihat suami saya menghulurkan sesuatu pada saya.

Oohhh… sehelai tudung sutera Bursa (A very famous Bursa Silk kata suami saya) yang sebelum ni dimiliki oleh arwah babaanne (late grandmother of my husband) dan juga 2 pasang knitted napkin yang dikaitnya sendiri untuk baby(insyaAllah) kami. Ahhh :(( sedih bercampur sangat gembira.. Arwah meninggal pada tahun lepas, lebih kurang 3-4 minggu setelah kami bernikah. Inna lillahi wa inna ilaihi roijun.. tetapi mak cik kepada suami saya berkata, arwah babaanne memang sengaja mengaitkan napkin tersebut dan ingin menghadiahkan tudung sutera yang sangat berharga ni kepada saya… oh Allah.. sungguh terharu.. al-fatihah untuk nenek suami yang tersayang..

Arwah nenek kepada suami saya (sebelah ayahnya) memang sangat suka mengait katanya. Betul, seingat saya, sewaktu ke Turki dan melawat arwah, saya sempat melihat banyak hasil kaitannya di sekitar ruang tamu, bilik dan dapur. Hasil tangannya nya memang sangat halus, cantik dan sangat kemas seperti napkin di atas. Minatnya itu diwarisi oleh seorang anak perempuannya dan juga merupakan yang bongsu, mak cik kepada suami saya, yang ketika sedang berbual dengannya, tangannya juga rancak mengait baju dan saya masih ingat dia menggunakan jarum dua bamboo SP dan benang berwarna merah. Tapi saya tidak sempat melihat hasilnya walaupun dia mengait sangat laju! Namun pada masa tersebut, saya masih belum berminat dengan seni mengait dan tak pernah terfikir lagi akan belajar mengait 🙂 Subhanallah.. bila difikirkan semula.. hidup ni memang pelik!

Apa pun saya sungguh gembira dengan hari yang baik ni. Alhamdulillah.. semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati orang-orang yang kita sayang. Hadiah yang saya terima hari ni sangatlah berharga dan insyaAllah akan digunakan sebaiknya. Maaf sebab hari ni menulis agak emosional dan formal sedikit. InsyaAllah, lepas ni kita post happy-happy lagi 😀

May Allah swt bless us all. Thank you for hopping by!