The Tiring Wednesday.. tetapi seronok!

Salam semua.. hari ni penat sangat nak cerita panjang2 huhuhu..  gambar di atas adalah projek yang hampir siap ..  tapi topik utama bukan topi ni 🙂 Topik sebenarnya.. adalah topik tentang -teringin nak share- benda yang saya dapat hari ni 😀 alhamdulillah.. setelah seharian berada di luar dan insyaAllah kedai yang akan dibuka tak lama lagi..  bila balik rumah saja.. ternampak dua bungkusan pos laju .. Oo.. dari siapa?

Yay ni bungkusan pertama! benang dari kak Marlyna Nurrie dah sampai 😀 Terima kasih banyak2 kak Wie! sukaaaaaaaaaa sangat dengan benang ni! Very very very very soft and really really really really niceeee texture! Sesuai dengan harga :p hahaha.. berbanding dengan benang Nako Saten yang saya sedang kait sekarang ni.. mmg tak dinafikan benang knitpicks ni lebih high quality texturenya. Hmmm… alhamdulillah.. akhirnya merasa juga pegang benang orang puteh :p

Subhanallah.. nampak tak phone pouch yang hijau berkilat tu?? CANTIKkan??? Benang ni saya suka sangat colour dia… Berkilat dan hasil kaitan yang sangat kemas! Aww… segannya saya… >_< tapi sangat gembira sebenarnya! xDDD yang ni adalah SWAP YLM dengan kak FIZAN Sew Addict! Wah.. swap dengan orang PRO ni! kak Fizan.. terima kasih banyak2 di atas swap ni saya suka sangat.. especially handbag tu.. Tahu tidak, pada mulanya saya ingatkan handbag ni hadiah yang dibeli oleh beliau.. tetapi apabila saya buka dan lihat kat dalam, terdapat label yang dijahit dengan nama – Sew Addict – OO.. rupanya ini handmade! Wah ha… saya terus rasa .. T_T…..  sbb saya tak pandai menjahit.. macam mana nak balas swap kak Fizan ni ya…. 🙁 Kait mengait saya tahu.. menjahit pula saya memang FAIL!  Wah.. insyaAllah saya akan cuba siapkan pula balasan SWAP saya dengan beliau secepat mungkin dan sebaiknya yang akan dibuat dengan penuh kasih sayang dari seorang kenalan jauh 🙂 cewah!

Ok lah insyaAllah.. lain kali saya akan update lagi cerita projek yang terbaru. List yang terbaru akan siapakn 2 set hat dan baby booties untuk seorang customer. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.. amin amin amin ya rabbal’alamin.

Thank you for hopping by! 🙂

may Allah swt bless us all.

Oh ya jangan lupa join giveaway contest kami di www.facebook.com/daknit