Benang..

Assalamualaikum 🙂

Tadi sempat juga saya singgah membeli benang pelbagai warna.. yang hitam ingin dibuat pom pom.. dan yang lain masih tak tahu hendak dibuat apa..huhu

Mungkin boleh belajar crochet pelan-pelan 😀

Masih banyak benda yang saya tidak tahu, yang ingin saya pelajari perlahan-lahan. Di dalam kesempitan kerja, akan saya cuba juga usahakan untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam dunia mengait. Tips-tips mengait, langkah-langkah mengait pattern, dari yang senang ke tahap yang susah.. is not impossible, right? 😀

Apabila menjelajah ke blog-blog lain, saya sungguh kagum melihat betapa kreatifnya orang-orang Malaysia ya 😀 Apabila melihat kraf-kraf ni, rasa seronok betul dan buatkan hati jadi happy 😀 Spirit pun naik.

Just, bila nak buat mesti ada willingness! Baru boleh jalan..

Saya percaya setiap orang pasti ada kelebihannya masing-masing, yang penting tu, tahu di mana hendak dicungkil 😀

Pada masa lapang dulu, saya suka menghabiskan masa bermain piano, satu-satunya kemahiran yang saya ada.

Tetapi sekarang saya sudah ada satu kemahiran iaitu mengait dan saya sungguh gembira dapat belajar mengait daripada knitters yang ada di internet ni 😀 Semoga Allah terus memberikan saya kesungguhan untuk terus belajar.

Oh ya,

Topi mesti siapkan hari ini juga. Tinggal ditutup bahagian atasnya lagi. Harap-harap, besok sudah boleh bagi pada tuannya 😀

InsyaAllah,

Selamat petang semua!

-Sindar-