Gift

Beberapa hari ini, saya asyik memikirkan apakah pattern yang cantik untuk dikaitkan menjadi handphone pouch/beg handphone untuk teman baik saya sebagai hadiah hari jadinya beberapa hari yang lalu.

Pilihan benang saya amatlah terhad 🙁 tak banyak warna yang sesuai untuk teman baik ni. Ah.. tapi, teringat pula benang yang dihadiahkan oleh kak Ayza beberapa bulan yang lalu, saya masih lagi simpan selepas pertama kali mencuba membuat phone bag dengan benang tersebut. Mmm.. let’s give it a try 🙂 I’m sure, she’ll love it!

Benang ni sangat lah fuwa fuwa.. sungguh lembut! Sampai sekarang pun saya rasa macam nak gigit sahaja benang ni 😛

Ketika mencuba benang ini,  saya hanya menggunakan pattern Garter Stitch sebagai percubaan pertama. Kali ini, saya akan cuba menggunakan pattern jenis Knot Stitch, harap-harap menjadilah nanti 🙂

InsyaAllah,

Apa lagi? Jum Knitting 🙂

Assalamualaikum..

-Sindar-