Review: Clover Hook Soft Touch :)

Alhamdulillah.. pada 11 hari yang lalu.. saya telah membeli beberapa item untuk crochet.. dan akhirnya, syukur pada Allah item-item itu telahpun selamat sampai ke tangan saya hari ini.. yayyy!! xD Sangat suka..

Both packets came from outside Malaysia xD

Apa yang ada didalamnya…

Jarum cable dan jarum crochet hook Soft Touch Clover πŸ™‚ Ah… bila sahaja dapat ni.. memang tidak sabar untuk dicuba.. sebab kebanyakkan review yang saya baca, jarum ni ringan, selesa dan best!

Terdapat 8 hooks kesemuanya.. dari saiz 2.75mm sehingga 6.00mm (standard saiz crochet Jepun)

Another of Cable Needle from Singapore xD with a small free gift! Thank you πŸ™‚

Jum tengok sedikit review Soft Touch Clover ni..

Kali ini.. saya nak buat review untuk jarum crochet Jepun lagi iaitu Soft Touch Clover Hook. Jarum ini memang selesa… sesuai untuk knife hook holder ataupun pencil hook holder.. sifatnya memang ringan, benang mudah menggelongsor pada hook aluminium, tidak mudah penat ketika mengait dan benang tidak mudah tercarik. Kebanyakkan kalau diluar negara, mereka suggest jarum ini untuk beginner yang ingin belajar crochet. Tetapi hook lain pun ok juga! πŸ™‚ Hooknya diperbuat daripada aluminium, dan handle-nya diperbuat daripada plastik. Di bawah ini sedikit penerangan untuk jarum ini:

True! (At least for me πŸ™‚ )

Antara tulip dan clover, saya suka tulip tetapi rasanya tak lama lagi saya akan jatuh cinta dengan Clover Hook ni hihi.. alhamdulillah, saya memang sudah lama berharap untuk memiliki jarum set ini dan mudah-mudahan dengan adanya jarum ni, saya akan lebih bersemangat untuk mempelajari seni kait crochet/krusye.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set ini, boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com πŸ™‚

Terima kasih! May Allah bless us all

Cable knitting

Assalamualaikum semua,

Syukur alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan untuk menaip entry baru πŸ™‚

Keadaan agak sibuk namun syukur pada Allah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Jum kita talk about knitting pula πŸ™‚

Jika anda sangat suka pada knitting, anda pasti ingin mempelajari semua jenis bentuk corak yang boleh dikait untuk menghasilkan pelbagai projek yang menarik kan?

Salah satu pattern yang agak complicated tetapi sebenarnya jika anda tahu mengait kaitan Purl, Knit, meletakkan stitches pada pemegang stitch dan membilang baris, anda mampu menghasilkan cable pattern yang sangat simple dan mudah seperti gambar di bawah πŸ™‚

Corak cable ini tidak terhad kepada satu jenis sahaja, malah anda boleh mengait pelbagai jenis pattern cable untuk semua jenis projek anda, samada sweater, vest, scarfs, hats, pouches, bag.. dan banyak lagi! πŸ™‚

Cantik kan? anda pun boleh buat πŸ˜‰ yang penting tu, kemahuan dan kesungguhan untuk kait dan terus kait!

Jadi, bagaimana hendak mulakan kaitan cable ni?

Pertama sekali, material yang perlu ialah jarum kait 2/knitting needles (jenis straight, double pointed ataupun circular..semua boleh!).

Selepas itu, tentunya benang, benang dan benang kait!

Kemudian, anda perlukan jarum cable/cable needles seperti gambar di bawah:

Cable needles

(Cable needles mempunyai pelbagai jenis bentuk. Gunakan cable needles yang selesa untuk anda)

Dan akhir sekali row counter seperti gambar di bawah:

Tujuan row counter ini adalah untuk mengira bilangan baris setiap kaitan yang anda kait supaya anda boleh ingat bilangan baris. Penting untuk memastikan anda tidak lupa nombor baris bagi membuat cable pattern.

**Pastikan anda telah mengetahui cara kaitan Purl dan Knit sebelum mencuba Cable pattern ni ok?

Simple Back Cross Cable

1) Baris 1 (RS-right side) : Purl 5 kali (P5), Knit 6 kali (K6), Purl 5 kali (P5)

2) Baris 2 (WS-wrong side) : K5, P6, K5

3) Baris 3 ( baris cable) : P5, pindahkan 3 stitches (3 sts ) ke jarum cable/cable needlesΒ  (cn) dan letakkan jarum cable dibahagian belakang, Knit 3 sts pada jarum kait sebelah kiri, kemudian Knit 3 sts pada jarum cable (cn), P5

4) Baris 4: Ulang Baris 2

5) Ulang baris 1-4 .

(InsyaAllah, saya akan cuba muatkan video supaya lebih mudah difahami )

Simple Front Cross Cable

**Cara ini 100% sama seperti Simple Back Cross Cable, cuma, apabila anda pindahkan stitches pada cable needles (cn), letakkan pula cable needles (cn) kali ini di bahagian depan. Senang kan?

Tips:

1. Sentiasa menggunakan jarum cable yang lebih kecil diameternya apabila anda mengait. Ini kerana apabila anda menggunakan saiz diameter cable needles yang lebih besar dari jarum kait anda, ianya boleh menyebabkan loop/stitches anda menjadi lebih besar.

Apa tunggu lagi? Jum cuba πŸ™‚

Selamat berknitting!

-Sindar-