Review: Clover Hook Soft Touch :)

Alhamdulillah.. pada 11 hari yang lalu.. saya telah membeli beberapa item untuk crochet.. dan akhirnya, syukur pada Allah item-item itu telahpun selamat sampai ke tangan saya hari ini.. yayyy!! xD Sangat suka..

Both packets came from outside Malaysia xD

Apa yang ada didalamnya…

Jarum cable dan jarum crochet hook Soft Touch Clover 🙂 Ah… bila sahaja dapat ni.. memang tidak sabar untuk dicuba.. sebab kebanyakkan review yang saya baca, jarum ni ringan, selesa dan best!

Terdapat 8 hooks kesemuanya.. dari saiz 2.75mm sehingga 6.00mm (standard saiz crochet Jepun)

Another of Cable Needle from Singapore xD with a small free gift! Thank you 🙂

Jum tengok sedikit review Soft Touch Clover ni..

Kali ini.. saya nak buat review untuk jarum crochet Jepun lagi iaitu Soft Touch Clover Hook. Jarum ini memang selesa… sesuai untuk knife hook holder ataupun pencil hook holder.. sifatnya memang ringan, benang mudah menggelongsor pada hook aluminium, tidak mudah penat ketika mengait dan benang tidak mudah tercarik. Kebanyakkan kalau diluar negara, mereka suggest jarum ini untuk beginner yang ingin belajar crochet. Tetapi hook lain pun ok juga! 🙂 Hooknya diperbuat daripada aluminium, dan handle-nya diperbuat daripada plastik. Di bawah ini sedikit penerangan untuk jarum ini:

True! (At least for me 🙂 )

Antara tulip dan clover, saya suka tulip tetapi rasanya tak lama lagi saya akan jatuh cinta dengan Clover Hook ni hihi.. alhamdulillah, saya memang sudah lama berharap untuk memiliki jarum set ini dan mudah-mudahan dengan adanya jarum ni, saya akan lebih bersemangat untuk mempelajari seni kait crochet/krusye.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set ini, boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com 🙂

Terima kasih! May Allah bless us all

Review: Crochet Hook Jepun

Assalamualaikum semua.. kali ini Da’Knit ingin membuat review mengenai crochet hook dari Jepun yang amatlah exclusive sekali..  sama ada anda sudah tahu ataupun baru ingin mengenali crochet ini.. nama crochet hook ini ialah Hamanaka Raku Raku Soft Touch Crochet Hook (pernah dengar tak?) Raku raku bermaksud selesa atau senang di dalam bahasa Jepun…..  Crochet hook ini terdapat dua jenis.. satu jenis untuk yang kait biasa-biasa.. dan yang satu lagi adalah khas untuk kait Lace…

Yang ini seperti yang anda lihat dalam gambar..merupakan double ended crochet hook dan setiap hook mempunyai saiz yang berbeza.. maksudnya 2 dalam satu lah.. 🙂

Just beautiful and cuteee!!!!!

Picture credited to: http://meilistudios.blogspot.com/

Yang ini pula… set bagi Crochet Lace Hook juga double ended, bersaiz 4-6/0-2/8-10, dan jika anda beli satu set.. anda akan dapat case percuma seperti gambar di atas.. memang cantik! ni gambar case dia..

Comel dan cantik kan? hihi.. suka tengok beg macam ni… memang best kalau dapat jadikan case untuk simpan crochet hook kita…

Disebabkan hati teringin sangat hendak belajar crochet.. maka saya pun survey jarum-jarum crochet yang biasanya sangat selesa dipakai oleh crocheter luar negara.. kebanykkan mereka suka pakai crochet dari Boye, Susan Bates dan Soft Touch Clover… oh.. memang rambang mata lihat! @_@

Tetapi apa yang istimewa terhadap Hamanaka Raku Raku ni? Saya memang sangat curious sebab kalau anda nak tahu.. harga satu set bagi setiap satu ni.. mencecah sehingga RM 150++.. oohhh.. mahal tu… @_+ kalau anda beli kedua-dua set ni.. harganya mencecah sehinggan RM340++… kalau sebatang lebih kurang RM40++… oh Allah.. memang terkejut beruk tengok harga dia.. dan tak logik langsung sebab mahal sangat hanya untuk sebatang jarum crochet..

Namun, kebanyakkan review yang saya baca dari pengait-pengait luar negara.. komen mereka terhadap jarum crochet ini sangat sangat sangat sangat sangat sangatlah selesa..  dan Soft Touch Clover (juga dari Jepun) tidak selembut dan se-selesa Hamanaka Raku Raku crochet ini…

Kalau tengok dari gambar ni nampak biasa sahaja kan.. tetapi most of the comments given, said that they are 100% satisfied dengan ke-best-san jarum ini… jadi mungkin sebab itulah harganya mahal.. lebih-lebih jual dalam nilai dollar.. uhuh… RM pun jadi naik 🙁

Jadi kebanyakkan pengait luar negara yang beli set ni.. hehe.. tak berani bawa jarum ni keluar sebab takut hilang dan kalau hilang.. nak beli balik wah ha.. mahal !

Memang baca review mereka membuat hati sangat tempting untuk mencuba jarum ini.. jarum yang sememangnya khas untuk keselesaan ketika mengait dan mengelakkan rasa sakit pada tangan.. sehinggakan anda boleh mengait berjam-jam lamanya tanpa rasa letih… :O

Setiap crocheter ada dua cara boleh pilih kalau nak pegang hook.. satu knife-style, dan satu pencil-style..  kebanyakkan jarum ini cara pegangnya seolah-olah pegang pensil.. tapi rasanya cara pegang seperti pisau pun ok!

Anda pula.. ? Pensil ka, pisau ka?

hehe.. oklah.. harap review kali ini menarik untuk bacaan teman semua!

Jikalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan jarum ini dan membuat pre-order… boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com 🙂

Review dari kak Lia (Thanks kak Lia 🙂 :  http://mamaleesya.blogspot.com/2011/02/crochet-hook-hamanaka-rakuraku-kini.html

Thanks for hopping by!

May Allah swt bless us all