Jarum Knitting-ku..

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. akhirnya parcel dari UK telahpun sampai dengan selamatnya hari ini.. lebih kurang 10 hari 🙂 Laju juga kan? Dalam parcel ni.. ada:

Yay! My Circular Needles from KnitPro.. alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa untuk mencuba jarum knitpro nova metal ini.. yang mana mereka kata setanding dengan ADDi Needles. Tapi memang betul kata knitters yang buat review jarum ni.. tips dia sedikit tajam berbanding ADDi.. means sesuai kalau mahu buat lace pattern.

Saya suka sangat dengan circular biasa berbanding interchangeable sebab saya kurang gemar untuk buka dan pasang.. ikut keselesaan masing masing..

Saiz yang saya beli kali ini adalah khas untuk buat 2 socks at a time!

Saiz yang dipilih ialah 2.25 x 120cm, 2.75mm x 120cm dan 4.00mm x 100cm.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan jarum KnitPro, boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com with small fees applied.

Thanks for hopping by!

Fingerless Mitten Magic Loop

Alhamdulillah.. hari ini siap lagi satu projek fingerless mitten yang di-request oleh adik. Warna biru pilihannnya.. maka inilah hasilnya 🙂

Nampak kecil pula kan.. Benang kait yang digunakan adaah 55% acrylic dan 45% nylon dari Sirdar. Saiz jarum kait circular yang digunakan adalah 3.5mm. Pattern ni adalah pattern ciptaan sendiri dan masih banyak yang perlu diperbaiki lagi seperti Gauge, Pattern (yang saya gunakan adalah pattern moss stitches dan cable ; tak berapa jelas kat gambar..) dan Thumb Holes.  Rujukan untuk melihat cara kaitan dirujuk melalui buku Teach Yourself Visually Knitting Design.

Yang ini dipakai oleh adik lelaki saya 😀

Yang ini dipakai oleh my mom

Buku yang saya rujuk mengajar cara mengait fingerless mitten ini menggunakan tiga jarum kait double pointed. Sebab saya rasakan menggunakan magic loop lebih mudah dan cepat, saya terhenti seketika pada part thumb holes dia huhu.. nasib baik ada Cikgu Youtube 😀 Alhamdulillah saya terjumpa satu video Tutorial Fingerless Mitten menggunakan teknik Magic Loop dari Mdm. Judy 🙂 Thanks for the tutorial!

Diharap tutorial ini akan membantu teman knitters semua untuk mengait Fingerless Mitten ok 😀

Part 1:

Fingerless Mitten Magic Loop

Part 2: Fingerless Mitten Magic Loop

Part 3: Fingerless Mitten Magic Loop

Part 4: Fingerless Mitten Magic Loop

Part 5: Fingerless Mitten Magic Loop

Video credited to Judy@Youtube.Com

Selamat mencuba!

-Da’Knit@Aheys.Com-