Beberapa hari ni.. Few Knit & Crochet Projects

Beberapa hari ni, keadaan sedikit tidak begitu menyeronokkan… tetapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyanyang.. dan Alhamdulillah.. inna ma’al ‘usri yusra..

Hidup ni macam roda saja..

Upside down, tomorrow will be up, the next day will be down.. and so on..

Tetapi,

bagaimanapun saya cuba juga untuk mempelajari knitting ni dengan lebih baik dari semasa ke semasa. 1-2 projek telah disiapkan dan baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang bertajuk Knitting Step By Step. Buku ni memuatkan info yang baik untuk memahami knitting dengan lebih mendalam.. tetapi ayatnya begitu berjela-jela panjangnya.. pening juga baca .. huhu…

projek yang telah siap adalah beg handphone kedua tetapi kali ini macam terlebih pula saiznya (sebab guna jarum dan benang yang besar saiznya).. jadi macam beg note book pula 😉

Bolehlah.. 🙂 ( belum ada butang lagi ni..)  maaf ya.. gambar agak kabur..

Bagi sesiapa yang nak pattern ni, boleh dapatkan dari previous post saya tajuknya handphone cozy 🙂

Lepas tu, my mom telah buat satu topi beret ( crochet ). Cute juga 🙂

Adik saya 🙂 Kali ini dia pula jadi model saya heheh… 😉

Beberapa hari ini, saya menjadi bingung untuk mencari projek baru yang mencabar untuk dicuba.. macam-macam benda nak buat tetapi tidak tahu macam mana nak mula dulu..

Messy.. macam nilah..  semua ni di print out tetapi tak tahu bila akan dimulakan.. huhu.. 🙁

dan projek paling baru ialah.. jeng jeng jeng…

Bunga ros?!@ 😮 ini adalah projek bunga pertama saya.. 🙂

kalau anda semua mahukan pattern-nya, boleh dapatkan dari forum mengait.com 🙂

InsyaAllah.. saya akan cuba muatkan seberapa banyak info yang lebih menarik akan datang .. oohh.. hujan…

Sehingga bertemu lagi !

Assalamualaikum,

-DaKnit-