Sekilas dari Da'Knit

Assalmualaikum semua pengunjung Da’Knit@Aheys.com yang sentiasa sudi melawati blog ini. Semoga anda semua di dalam keadaan gembira dan sihat selalu hendaknya. InsyaAllah.

Beberapa hari ini, aheys.com mengalami sedikit gangguan atas sebab maintenance server oleh pihak hosting. Alhamdulillah, setakat ini mereka sentiasa memberikan kerjasama yang baik buat aheys.com. InsyaAllah, kalau tiada aral-melintang semuanya akan menjadi baik.

Kepada semua teman aheys.com,

Da’knit mengucapkan ribuan dan berjutaan terima kasih di atas semua sokongan yang diberi. Walaupun anda menjadi silent reader untuk blog ini, tetapi itu pun sudah cukup buat da’knit kerana semangat yang anda berikan pada aheys.com sungguh membuatkan da’knit rasa teruja dan gembira di atas sokongan itu.

Disini, tujuan Da’knit@Aheys.com dibina adalah untuk rujukan saya sendiri dalam mempelajari ilmu seni jarum kait dua dan tidak lebih dari itu. Da’knit gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini kepada semua yang ingin mempelajari seni jarum kait dua. Walaupun saya tidak mahir di dalam seni jarum kait satu, tetapi tidak ada yang tidak boleh dipelajari melainkan kesungguhan dan keikhlasan ketika ingin mempelajari sesuatu ilmu itu. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul tak?

Sepanjang da’knit bersama anda, telah banyak kenalan crafter yang sungguh memberikan semangat buat saya untuk terus mengendalikan aheys.com. Seperti Ayzastudyo.com, Yingyilr@Blogsopt, Izyanadiah@Blogspot, Yati&Stitch, Hiecikida@Blosgpot, dan banyak lagi rakan-rakan yang lain. Sungguh da’knit ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi dan sentiasa berkongsi pengalaman ย anda kepada da’knit dan juga orang ramai.

Oleh itu, mulai saat ini, da’knit hanya mampu berkongsi dengan anda apa sahaja yang termampu dan tidak lebih dari itu. Da’knit selalu mengingatkan diri ini, buat apa yang termampu. Mungkin tanpa sedar, da’knit telah menyinggung rasa hati beberapa pihak. Oleh itu, mulai hari ini, setiap apa yang akan dipostkan oleh Aheys.Com akan dihadkan. Diharap anda semua memahami Da’Knit.

Apa yang telah ada di blog ini diharap akan terus memberikan manfaat, terima kasih kepada semua mereka yang telah membuat tutorial yang diembed di blog ini, terutamanya dari Youtube.Com. Keikhlasan mereka memberikan tunjuk ajar sungguh dikagumi. Salute you all ๐Ÿ™‚

Sebagai founder kepada aheys.com, da’knit memohon maaf kepada semua pihak jikalau ada silap kata, tersalah laku, ataupun sebagainya yang telah menyinggung hati pihak-pihak tertentu. Sebagai manusia yang baru belajar, masih banyak kelemahan diri yang perlu diatasi dan maafkan da’knit di atas kesilapan yang telah dilakukan.

Aheys.Com dan Yarnsonlineshop.com akan terus beroperasi seperti biasa dan kepada sesiapa yang mempunyai pertanyaan, pendapat ataupun apa-apa sahaja yang menjadi musykil, silalah hubungi kami terus di sindarery@gmail.com. InsyaAllah, kami akan menghubungi anda kembali.

Bagi contest Da’Knit Handphone Cozy contest akan dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielak. Da’Knit memohon banyak-banyak maaf kepada mereka yang telahpun mengikuti contest ini iaitu Yingyilr.Blogspot.Com dan Izyanadiah.blogspot.com di atas entri mereka ๐Ÿ™‚ Jangan risau, insyaAllah, da’knit akan memberikan cenderhati kepada teman da’knit yang dua iniย  atas kesudian dan sokongan yang diberi ๐Ÿ™‚ Keep in touch ok!

Sewaktu ini, saya sedang berada di hapadan streamyx center haha.. sekejap lagi akan pergi makan tengahari. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca post kali ini dan sekali lagi, da’knit memohon maaf di atas kesilapan yang dibuat secara sedar ataupun tidak sedar.

May Allah bless us all.

Assalamualaikum and thanks for hopping by! ๐Ÿ™‚